Protes bantah harga minyak naik hambar

KUALA LUMPUR: Hambar, itu adalah gambaran tepat terhadap suasana Gelombang Mikro-Satira Rakyat 2: Protes Kenaikan Harga Minyak yang berlangsung di hadapan pusat beli-belah Sogo di ibu negara, petang tadi.

Sekurang-kurangnya 50 peserta dilihat menghadiri protes berkenaan yang kebanyakannya adalah golongan mahasiswa.

Mereka mula berkumpul pada jam 2.30 petang dan membawa kain rentang dan pelekat yang bertulis 'Turunkan Harga Minya', 'Kuasa Rakyat' dan 'Turunkan Kos Sara Hidup'.

Mereka turut melaungkan pelbagai slogan yang memburuk-burukkan kerajaan persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Malangnya, demonstrasi hari ini yang juga kali ketiga diadakan selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api pada 2 Oktober lalu, hanya diwakili oleh seorang pemimpin Pakatan Rakyat, iaitu Mohd Nasaie Ismail, yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat.

"Protes kita pada minggu ini kita tidak sasarkan kepada pemimpin untuk turun. Yang kita sasarkan adalah rakyat, sama ada yang berjawatan besar atau kecil yang merasai keperitan ini. Pada perhimpunan yang besar nanti kita akan ajak semua pemimpin untuk bersolidariti, termasuk pemimpin BN yang turut sama memprotes kenaikan harga minyak," ujarnya ketika ditemui media selepas berarak kira-kira 100 meter di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Selain parti pembangkang, antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit sama dengan protes ini adalah Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan TURUN.

Kesemua mereka menuntut agar kerajaan membatalkan pengurangan subsidi minyak dan mengurangkan semula RM0.40 harga minyak yang naik dalam tempoh 12 bulan ini.

"Kita akan adakan demonstrasi setiap minggu, dan demonstrasi besar-besaran akan diadakan pada 7 November depan di KLCC. Kita menyeru rakyat Malaysia bersama-sama untuk protes kenaikan harga minyak," kata Nasaie lagi.

Beberapa siri protes diadakan setelah kerajaan mengurangkan RM0.20 subsidi bahan api, termasuklah di Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana