Projek Terowong Dasar Laut Terus Dibantah....Sudah Ada 2 Jambatan..Apa Lagi Dimahukanya...Bangangnya

GEORGE TOWN 23 Okt - Jika mengikut perancangan Kerajaan DAP Pulau Pinang, projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion dijangka dimulakan tahun depan.

Projek itu tetap diteruskan kerajaan negeri di sebalik bantahan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk negeri ini sendiri yang melihatnya bukan keperluan mendesak.

Malah, kerajaan negeri juga seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga dengan pelbagai persoalan yang dibangkitkan pelbagai pihak di sebalik perancangan projek itu.

Antaranya sikap tergesa-gesa kerajaan negeri dalam merancang dan meluluskan projek itu serta pertikaian tentang ketelusan pemberian tender kepada pemaju.

Turut dipertikai ialah penyerahan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang dekat sini sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan.

Penganugerahan itu dilihat ha-nya memanfaatkan pemaju memandangkan nilai hartanahnya yang semakin meningkat, selain turut menimbulkan kebimbangan terhadap nasib dan masa depan penduduk di kawasan tanah terlibat.

Kosnya yang sebanyak RM6.3 bilion juga terlalu tinggi dan disifatkan sebagai pembaziran untuk sebuah projek bukan keperluan mendesak.

Apatah lagi negeri ini ketika ini sudah mempunyai dua jambatan untuk menghubungkan kawasan pulau dan Seberang Perai, selain perkhidmatan feri yang masih mampu menawarkan perkhidmatan kepada pengguna.

Dalam masa sama, pembinaan terowong sejauh 6.5 kilometer tersebut yang menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di Seberang Perai itu juga bukan jaminan masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini dapat diatasi.

Malah, tidak mustahil pembinaannya akan menyebabkan kese­sakan bertambah buruk pada masa depan, selain peningkatan risiko kemalangan di dalam terowong se­perti yang dicatatkan di beberapa negara lain.

Kebimbangan utama di sini adalah kesan pembinaan projek itu terhadap alam sekitar terutama kawasan laut dan pantai yang bakal ditambak.

Tanpa kajian kebolehlaksanaan dan perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang teliti, sumber alam semula jadi tersebut diyakini bakal musnah.

Selain itu, keghairahan Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi tumpuan kepada projek mega yang mencecah berbilion ringgit juga menimbulkan kemarahan penduduk.

Ini kerana mereka beranggapan nilai RM6.3 bilion bagi projek itu hanya memanfaatkan pemaju dan lebih baik dibelanjakan untuk memenuhi keperluan rakyat, khususnya bagi membina rumah mampu milik yang diabaikan kerajaan negeri selama ini.

Bukankah itu merupakan keperluan yang lebih mendesak ketika ini berbanding pembinaan terowong dasar laut yang hanya memberi keuntungan kepada golongan tertentu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana