Poyooo Kau Rafizi....Politik Rafizi Ramli di luar Mahkamah Persekutuan

Rafizi beri amaran?

Malah ahli parlimen Pandan itu dengan gah mengeluarkan amaran terhadap panel kehakiman dengan menyelitkan mesej yang amat jelas dan mungkin berbaur gertakan.

Ini boleh dilihat satu ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Rafizi Ramli menggertak mereka bahawa “api neraka”  menunggu mereka jika “keputusan zalim” dibuat terhadap Anwar.

Amaran Rafizi itu dilihat sebagai cubaan licik untuk mengenakan tekanan terhadap lima hakim Mahkamah Persekutuan agar membatalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.

Rafizi bukan beromong kosong. Beliau menggunakan pesan Rasulullah S.A.W. bagi membuka pintu neraca pertimbangan hakim-hakim yang semuanya muslim itu.

"Saya nak ingatkan lima hakim yang berada di dalam dan hakim di luar. Ingat pesan Rasulullah, hadis diriwayatkan daripada Abu Daud bahawa ada tiga golongan hakim, satu golongan masuk syurga, dua golongan lagi masuk neraka,” kata beliau.

"Kalau hakim itu pandai, tahu yang hak tetapi menghakimi dengan zalim dan perkara batil, akhirnya mereka masuk neraka,” kata Rafizi.

"Golongan kedua, golongan bodoh, tidak tahu fakta dan perkara, atas kebodohan itu dia buat peghakiman menzalimi orang. Akhirnya dia masuk neraka," katanya pada kira-kira 100 hadirin di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, Selasa lalu.

Rafizi berkata, hakim seharusnya menjadi golongan takut kepada Allah dan bukan kepada pemerintah bagi memastikan keadilan.

"Kalau hakim itu korup, boleh dibeli, bobrok dan hina, maka tiada keadilan dalam masyarakat.

"Kalau hakim itu berani dan lebih takutkan Allah daripada penguasa, barulah ada keadilan dan rahmat dalam masyarakat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana