Polis Sedia Hadapi Flashmob Solidariti Anwar...Menyampah Dia SAja Yang BEtul

KUALA LUMPUR 15 Okt - Polis seluruh negara bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan berikutan kempen atau flashmob pembangkang menjelang keputusan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, hujung bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah diberikan taklimat mengenai rancangan pihak tertentu melancarkan kempen 14 hari bermula, semalam kononnya bagi menunjukkan solidariti terhadap Ketua Pembangkang itu.

“Kita (polis) bersiap siapa untuk berdepan apa juga keadaan di mana-mana negeri tempat flashmob dirancang dan akan bertindak sewajarnya,” katanya kepada bnbbc.my.

Sehubungan itu, Zahid menasihatkan pihak terbabit atau orang ramai menyerahkan kepada mahkamah membuat keputusan berhubung proses rayuan oleh Anwar.

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) melancarkan kempen selama 14  bagi menunjukkan solidariti terhadap Ketua Umumnya.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemuncak kempen yang bertemakan ‘Rakyat Hakim Negara’ itu akan diadakan di Putrajaya pada 28 Oktober depan.

Antara program kempen itu ialah flashmob, edaran risalah, ceramah di seluruh negara dan juga kempen melalui media sosial.

“Siri ceramah ini juga akan dijalankan bersama Anwar Ibrahim di beberapa lokasi di seluruh negara yang akan dimaklumkan kelak.

“Kemuncak kempen Rakyat Hakim Negara adalah ceramah perdana yang bakal berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 Oktober,” katanya.

Berdasarkan jadual diperolehi bnbbc.my program solidariti bersama Anwar akan diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Selangor.

Sebelum ini, pembangkang turut mengajak rang ramai ke mahkamah setiap kali kes Anwar dibicarakan tetapi jumlah kehadiran semakin lama semakin berkurangan.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi tuduhan Liwat II.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana