Polis bantuan Malaysia mati dengan kesan tembak di airport Singapura

Seorang polis bantuan warga Malaysia ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di dalam tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura, semalam.
Menurut laporan The Strait Times, dalam kejadian yang disedari jam 10.50 pagi, mangsa Lans Koperal S. Mohana, 34 ditemui oleh petugas lapangan terbang di tandas terminal berkenaan.

Komander Polis Bantuan Certis Cisco Deputi Komisioner Chua Chuan Seng dalam satu kenyataan memaklumkan senjata api jenis revolver milik mangsa turut ditemui disebelah mayatnya.

"Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui bagaimanapun polis sedang melakukan siasatan lanjut dan bekerjasama dengan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan itu.

Difahamkan ketika kejadian Mohana sedang bertugas dan mendiang sudah berkhidmat selamat tujuh tahun dengan syarikat keselamatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana