PM mahu BN serang pembangkang dengan fakta bukan fitnah....

Sebenarnya memang ada banyak kelemahan pembangkang yang terpendam dan tidak diusik.Namun sudah jadi adat resam mana-mana kerajaan yang memerintah sentiasa diteropong segenap sudut.
Inilah yang kadangkala orang kata untungnya jadi pembangkang.Sekalipun mereka memerintah tiga buah negeri fokus nak cari salah sentiasa bertumpu kepada kerajaan pusat.

Apapun dalam konteks ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu BN main kotor.Beliau mahu pembangkang diserang dengan fakta bukan fitnah.

“Jangan jadi seperti mereka, serang pembangkang berdasarkan fakta dan bukan pembohongan,” katanya.

Najib menegaskan demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan parti Gerakan di Shah Alam Ahad.

Contohnya di Pulau Pinang,katanya Gerakan harus bertanya kepada kerajaan DAP berapa banyak rumah murah yang mereka bina setakat ini.

Sudah menjadi perbualan umum ramai yang kecewa melihat kerajaan negeri itu tidak mengambil daya usaha untuk membina banyak rumah murah di negeri itu.

Kata Perdana Menteri soal jumlah pelaburan yang masuk sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah juga perlu dipersoalkan.

Baginya Gerakan yang sebelum ini memerintah Pulau Pinang dibawah BN perlu ada sebuah pelan yang lebih baik daripada DAP dalam usaha mendapat semula keyakinan rakyat di Pulau Pinang.

Menyentuh tentang isu ekstremisme yang menjadi topik tumpuan dalam sidang perwakilan Gerakan kali ini,Najib menegaskan BN termasuk UMNO perlu menolak apa jua bentuk ekstremisme dan ia termasuklah membendung sebarang aktiviti berunsur perkauman.

Beliau mengingatkan untuk merealisasikan impian itu semua barisan pimpinan BN perlu memainkan peranan ‘tunjuk jalan’ ke arah itu.

Katanya sekiranya ekstremisme tak dapat dibendung ia akan mewujudkan satu keadaan huru-hara dan tidak seimbang dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ahli politik serta pemimpin tempatan berusaha menghalang sebarang bentuk ekstrimime dan perkauman di kalangan rakyat dan saya ingin tegaskan BN menolak sekeras-kerasnya sebarang aktiviti ekstrimisme” katanya.

Beliau jaminan kerajaan pimpinannya akan terus berpegang kepada semangat yang ditetapkan oleh para pemimpin dahulu.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata salah satu sebab kejayaan Malaysia menduduki kerusi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah kemampuan negara mewujudkan perpaduan antara kaum dan negara.

“Mereka melihat kita sebagai satu negara yang boleh hidup aman dan tenteram walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi kaum dan juga agama.

“Kita boleh menunjukkan pada dunia bagaimana konsep kesederhanaan dapat ditonjolkan melalui kesepakatan politik daripada pelbagai kaum,” katanya.

Najib turut menenkankan negara hanya akan selamat dan aman makmur sekiranya semua rakyat mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain.

Kata beliau konsep kepelbagaian dalam negara mesti dijadikan sebagai satu teras dan paksi kepada pembinaan nilai murni nasional.

“Kita mesti jadikannya sebagai satu aset bukan liabiliti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana