PKR parti habis madu sepah dibuang....Inilah PR namanya

Lepas jambatan tongkat dibuang. Begitu politik amalan PKR, parti yang mendakwa memperjuangkan keadilan untuk rakyat, PKR.

Bagi PKR nilai seseorang itu adalah menurut kebergunaannya. Apabila dapat yang dihajati, orang itu tidak berguna lagi.

Hakikat ini dapat dilihat daripada cara ia menangani isu mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketika ia memerlukan sebuah citra atau wajah perjuangan, Khalid disanjung sebagai Menteri Besar terbaik.

Rekod perkhidmatannya yang telus dijunjung dan diulang-ulang oleh segenap lapisan pimpinannya, terutama oleh pemimpin agung PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun apabila Khalid cuba bertindak bersendirian untuk terus menjunjung perjuangan partinya mengikut kaedah dan pemikirannya sendiri yang sering berlawanan dengan citarasa pimpinan PKR, beliau diaib dan disepak keluar parti bak bola.

Khalid dipecat. Perjalanan akhir Khalid dengan PKR adalah sesuatu yang amat tidak selesa. Beliau diasak dan dilumur hina dengan pelbagai cara hingga PKR perlu menggerakkan komplot yang dipanggil Langkah Kajang, khusus untuk menjatuhkannya.

“Kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat ini bermula daripada...Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor,” titah Sultan Selangor pada Istiadat Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor di Istana Alam.

"Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya  membuat ibadah dan kerja amal yang diredhai Allah untuk membersihkan dosa dan maksiat,” titah Baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana