PKR dakwa Putrajaya galak bangkitkan Islam radikal...Kenyataan RAFIZI Penuh KEBODOHANNYA

APa hal kau benggong sangat RAFIZI...boleh percaya dengan kata kata Akbar luar negara tu.Habis kau buat apa di Luar Negara tu.?atau semata mata nak burukkan malaysia dimata Dunia.

Kau memang BODOH sama seperti BOS kau jugak.Negara kau sendiri mengkutuk kerana Barisan Nasional memerintah...Memang kau dasar Pengkhianat.

KUALA LUMPUR: PKR menuduh sokongan halus kerajaan Malaysia terhadap kumpulan Islam berhaluan kanan membantu membiakkan sikap Islam radikal di Malaysia.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa kekangan terhadap demokrasi melalui beberapa dakwaan undang-undang hasutan oleh Putrajaya memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk berkembang dan menapak.

Portal berita Australia, AAP dan akhbar Sydney Morning Herald memetik Rafizi memberitahu demikian kepada Menteri Luar Australia Julie Bishop, baru-baru ini. Laporan mereka dipetik oleh The Malay Mail.

Rafizi mengetuai delegasi pemimpin PKR di Australia bagi lawatan kerja seminggu dipercayai untuk cuba meraih perhatian ahli parlimen Australia terhadap kemungkinan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan dalam penjara kerana sodomi.

"Dalam persekitaran di mana negara ini secara halus dan secara tidak langsung menyokong kritikan dan intimidasi terhadap golongan minoriti, ia memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk menapak dan memperkembangkan pengaruh," Rafizi dipetik sebagai berkata.

Beberapa dakwaan kerana menghasut di Malaysia baru-baru ini yang berdasarkan undang-undang era penjajah, juga mendapat perhatian antarabangsa kerana mangsanya adalah pengkritik kerajaan.

Ketegangan agama di Malaysia juga makin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini yang penganalisis kaitkan dengan politik perkauman Barisan Nasional sebagai penyumbang utama.

Akhbar Australia Sydney Morning Herald berkata kemerosotan demokrasi di Malaysia dan pertumbuhan fundamentalisme agama juga berlawanan dengan kemajuan mekar demokrasi di Indonesia.

Katanya, pemimpin popular Joko Widodo baru-baru ini dipilih sebagai presiden ketujuh Indonesia, manakala Malaysia terus di bawah parti gabungan sama yang didominasi oleh satu pihak dari sejak merdeka.

Juga memetik Rafizi, akhbar itu berkata ada tanda-tanda yang menunjukkan demokrasi semakin mundur di Malaysia.

"Ketika Indonesia melaku kemajuan besar, kami makin berundur dan ruang demokrasi kini kembali ke era Mahathir pada 1990an," Rafizi dipetik sebagai berkata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana