Pesta arak Oktoberfest: Perbezaan pandangan dua Ahli Parlimen PAS

Oktoberfest, pesta arak terbesar dunia sudah berusia lebih 500 tahun bagi mempromosikan budaya masyarakat Bavaria, Jerman. Selain minum arak, tari menari dengan pelayan wanita yang berpakaian khas gadis Bavaria biasanya disambut akhir September hingga awal Oktober di seluruh dunia.
Oktoberfest di Malaysia hakikatnya bukan sesuatu yang baru. Malaysia mempunyai dua kilang terbesar antara pengeluar arak terkenal dunia. Kerana itu tidak hairanlah, Oktoberfest mampu ‘sampai’ ke negara ini kerana dianjurkan syarikat terbabit.

Namun begitu penganjurannya hanya diketahui oleh yang menggemari minuman arak.

Bagaimanapun, ia sudah menjadi acara terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, atau lebih jelas selepas 2008.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.

Bagi Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasruddin Hassan pesta arak yang dipromosikan secara meluas bermula 24 sept dan kemudiannya berlanjutan pada 25, 26, 27 Sept seterusnya bersambung 1, 2, 3, 4, 10 dan berakhir 12 Okt akan datang mesti dicegah segera oleh pihak berkuasa.

"Saya tidak nafi hak arak bolehkan diminum oleh mereka yang agamanya membenarkan mereka minum arak. Tetapi dalam sebuah negara yang Islam menjadi Agama Persekutuan seperti negara kita Malaysia , hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi apa lagi dipestakan secara besar besaran begini," katanya dalam satu psoting di laman facebooknya.

Menurut beliau, pesta arak yang dipromosi besar - besaran ini telah menjadi mungkar terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup. Sekaligus ia mencabar sensitivity ummat Islam.

"Samalah seperti aktiviti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum, ia menjadi maksiat terbuka yang wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh Islam bangkit mencegahnya,"ujarnya.

Bagaimanapun pendapat beliau nampaknya berbeza dengan ulasan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad yang menyebut penganjuran festival minuman keras terbabit tidak boleh dihalang dengan alasan Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Sebagaimana dimaklumi, Islam menganggap arak sebagai ibu segala maksiat dan pastinya pesta seumpama itu bercanggah dengan Islam.

Tetapi Khalid berkata, penganjuran pesta itu tidak boleh dihalang kerana ia dibuat untuk orang bukan Islam.

“Kemuncak pesta akan diadakan di Petaling Jaya iaitu di kawasan majoriti bukan Islam,” katanya dalam twitter @khalidsamad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana