Pesta arak Oktoberfest: Hello Khalid Samad...papan iklan itu wujud, apa macam ?

Berikutan pendedahan media, sekarang sudah terbukti wujud ikan pesta arak Oktoberfest yang dipasang di papan iklan selian Majlis Pembandaran Shah Alam (MBSA).
Soalan seterusnya kepada Khalid Samad... apa macam YB?

Ini kerana ketika kali pertama isu tersebut dibangkitkan di laman media sosial pada 5 Oktober, Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam siap serkap jarang kata "photoshop saja kot?"

Ini menggambarkan, pertama beliau tidak tahu perkara yang berkalu dalam kawasan yang dijaganya, kedua mengambil mudah dengan tidak menyemak sebelum menjawab perkaran yang menjadi perbahasan.

24 jam selepas didedahkan media, Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Attan mengaku papan ikan tersebut adalah haram kerana tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Menteri Besar akan membuat pengumuman mengenai butiran lanjut selepas mesyuarat exco (Rabu),"katanya.

Menurut beliau tidak ada permohonan untuk meletakkan papan iklan tersebut.

Agendadaily difahamkan papan iklan gergasi tersebut yang terletak di di Jalan Subang, Seksyen U2 telah diturunkan.

Papan iklan gergasi Oktoberfest yang sebelum ini didakwa telah dipasang sejak hujung bulan lalu telah digantikan dengan iklan promosi makanan secara bufet sebuah hotel di Shah Alam.

Pada Selasa Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad mendakwa, siasatan awal pihaknya mendapati papan iklan gergasi Oktoberfest yang mencetuskan kontroversi itu telah dipasang tanpa kebenaran MBSA.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebarang kelulusan dibuat ketika pentadbiran kerajaan negeri dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama empat Exco daripada PAS mengenai penganjuran pesta arak Oktoberfest yang dirancang di pusat beli-belah di Petaling Jaya, Jumaat ini.

Menurutnya tiada sebarang keputusan mengenai kelulusan pesta arak itu dibuat dalam mesyuarat Exco seperti yang dihebahkan pihak tertentu baru-baru ini.

“Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid dan empat Exco PAS.

“Ini tidak benar, tidak pernah dibawa ke mesyuarat Exco,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas timbul tuduhan pihak tertentu bahawa kerajaan negeri sebelum ini meluluskan penganjuran pesta arak berkenaan.

Penganjuran pesta minuman keras oleh syarikat di Petaling Jaya menimbulkan keresahan banyak pihak yang berpendapat tindakan mempromosikannya secara terbuka tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Sebelum ini pesta sama pernah berlangsung setiap tahun, namun tidak dipromosikan secara terbuka.

Bagaimanapun, penganjur mengambil pendekatan berlainan kali ini apabila iklan promosi dinaikkan di sekitar bandar raya ini.

Pesta itu dikatakan bermula 24 September lalu di beberapa lokasi di negeri ini sebelum kemuncaknya Jumaat ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana