Perdana Menteri kecam serangan bom di Bukit Bintang... janji buru dan hukum dalang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan mengesan dan menghukum dalang di sebalik insiden letupan bom di Bukit Bintang pada pagi Khamis.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya insiden keganasan yang berlaku di Bukit Bintang pagi ini.

"Perbuatan yang cuba menimbulkan suasana kekacauan ini tidak boleh dibiarkan. Siasatan polis sedang dijalankan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini akan ditahan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden letupan bom di Bukit Bintang, pagi Khamis.

Seorang joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom  yang dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap, di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex pada pukul 4.20 pagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, seorang mangsa lelaki tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Yaw memberitahu semasa kejadian dia sedang minum di hadapan sebuah kelab malam sebelum melihat kelibat individu melontar objek dari tingkat dua sebuah bangunan.

Dia berkata, dalam kejadian jam 4.15 pagi itu dia tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas dan objek yang dilempar terus meletup.

"Saya nampak orang baling objek (bom) dari atas kompleks dan tidak sempat lari," katanya kepada pemberita sambil enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Ekoran kejadian itu dia mengalami kecederaan di kaki kiri dan sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menerima rawatan.

Yaw dilihat meninggalkan HKL bersama seorang wanita warga China pada jam 4.40 petang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana