Perak tak lindungi penjenayah... kata Zambry ulas kenyataan Zahid

Kerajaan Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk ahli politik yang didapati terbabit dengan kegiatan jenayah, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius dakwaan terdapat ahli politik di negeri ini terbabit dengan kegiatan jenayah.

"Kerajaan negeri tidak pernah menyembunyikan apa-apa perkara kerana soal keselamatan adalah perkara yang serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Pembantu Khas Menteri Besar, Datuk V Elango di Lumut Rabu.

Bernama melaporkan Zambry mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Berhubung laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kawasan perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga dikuasai kumpulan mafia yang melakukan pelbagai kegiatan jenayah, Zambry berkata laporan itu perlu dibuktikan.

Semalam, Polis Perak menafikan dakwaan wujudnya kegiatan kumpulan mafia yang bermaharajalela di kawasan terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana