Penyokong Saiful Hadir Ke Istana Kehakiman, Zahirkan Solidariti

PUTRAJAYA 28 Okt - Kira-kira 100 penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan memenuhi pekarangan Kompleks Mahkamah Kehakiman Putrajaya, di sini, pagi ini bagi menyatakan solidariti kepada Saiful berhubung rayuan kes liwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Selain laungan mempertahankan Saiful, penyokong terbabit yang majoritinya adalah anak muda turut membawa sepanduk tertera tulisan "Justice for Saiful", "We are the people, we demand justice for the victim Saiful" serta "PKR, Anwar, don't threaten the court".

Jurucakap kumpulan itu, Tony Tan, menjelaskan perhimpunan mereka hari ini adalah bagi menuntut keadilan kepada Saiful.

Beliau mendakwa, kumpulan berkenaan juga sebenarnya yang mewakili suara rakyat, bukannya pihak yang menyokong Anwar yang disifatkan mereka kumpulan pendesak

"Kamilah suara rakyat, bukan mereka, yang sebelah sana itu (merujuk penyokong Anwar) hanya kumpulan pendesak...patut kita kena patuh pada undang-undang dan hormat pada badan kehakiman kita.

"Saya harap kes ini selesai kali ini dan jangan ada tangguh lagi. Semua pihak juga kena terima keputusan mahkamah nanti," katanya.

Penyokong Saiful yang majoriti memakai baju kuning, merah dan hitam itu tiba kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Sementara itu, tinjauan di sekitar kompleks mahkamah di sini mendapati suasana masih tenang dan tiada sebarang provokasi melampau dilihat dari kedua-dua kumpulan.

Laluan di sepanjang jalan utama di hadapan Kompleks Istana Kehakiman juga masih lancar. Kawalan lalu lintas dilakukan anggota trafik bertugas manakala anggota polis berkawal di pintu masuk kompleks.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana