Penguatkuasa DBKL tunjuk lagak buka baju uniform ajak peniaga gaduh

SHAH ALAM: Sebuah video yang memaparkan gelagat seorang pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka uniformnya untuk bergaduh dengan seorang peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman, menjadi viral di laman media sosial.

Video selama 4 minit 56 saat itu dikongsi di laman Facebook, pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL ‘bertegang urat’ dengan salah seorang peniaga.

Bagaimananapun, keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku tolak-menolak antara satu sama lain.

Malah, salah seorang daripada pegawai terbabit dilihat membuka uniformnya dan hanya memakai seluar dan singlet sahaja, untuk bergaduh dengan peniaga terbabit.

Turut difahamkan berkemungkinan besar berlaku provakasi hingga menyebabkan dia bertindak demikian.

Namun pertelingkahan tersebut berakhir kira-kira empat minit berikutnya apabila seorang peniaga wanita meminta pegawai DBKL itu beredar dari kawasan itu.

Seorang pengguna Facebook yang turut memuatnaikkan video itu di laman Facebooknya, berkata kejadian seperti ini boleh dielakkan jika DBKL menggunakan budi bicara dengan mengarahkan peniaga terbabit menyimpan segala kelengkapan perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimanapun video tersebut difahamkan dirakam pada 23 September 2013.

Sebelum ini, gelagat seorang lagi pegawai DBKL bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen di Taman Tasik Permaisuri, turut menjadi viral di laman media sosial.

Video itu pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL mendekati gerai peniaga yang menjual minuman itu, dan menyatakan hasrat untuk menutup gerai berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana