Penganjuran pesta arak Oktoberfest penuhi syarat permit, kata Exco

KUALA LUMPUR: Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata tidak ada sebab permit penganjuran pesta Octoberfest tidak diberikan jika penganjurnya Carlsberg, sebuah syarikat arak, memenuhi syarat ditetapkan.

Menurut Ean Yong, penganjur telah memenuhi syarat ditetapkan pada tahun-tahun lepas dan memperoleh permit daripada pihak berkuasa tempatan.

“Pihak penganjur juga sedia maklum dengan semua perkara yang telah saya umumkan sebelum ini.

“Oleh itu, jika pihak penganjur memenuhi syarat yang sama, tiada sebab permit tidak akan diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, beliau juga menjelaskan laporan media berhubung kenyataannya semalam yang memberikan tanggapan kerajaan negeri mengenakan syarat tambahan untuk permohonan permit Oktoberfest 2014.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan agensi yang memberikan permit untuk sebarang aktiviti sebegitu dan penganjur perlu memohon permit hiburan sementara.

“Ini merupakan proses biasa dan bukannya keperluan yang baru dikenakan ke atas penganjur,” katanya.

Beliau juga berkata, persetujuan polis dan kastam merupakan syarat yang sama pada tahun-tahun yang lepas dan bukannya tambahan tahun ini.

“Saya berharap pihak media dapat memperbetulkan laporan yang memberikan bayangan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menolak tanggungjawab kepada PBT atau telah mengenakan permit atau syarat-syarat tambahan kepada pihak penganjur,” katanya.

Semalam, Ean Yong dilaporkan mengetengahkan beberapa syarat untuk dipatuhi penganjur, antaranya pemasangan papan tanda larangan untuk orang Melayu dan Islam, tiada pengunjung bawah umur dan mendapat kelulusan kastam dan polis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana