Penganalisis politik bidas pihak jaja mansuh Akta Hasutan di luar negara

SHAH ALAM: Pihak yang membantah Akta Hasutan 1948, khususnya pembangkang dan rakyat Malaysia yang berdemonstrasi di London, sewajarnya mempertimbangkan kewajaran pewujudan akta berkenaan kepada kepentingan negara, dan bukannya mempromosikan pemansuhannya di peringkat antarabangsa.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, tindakan tersebut disifatkan sebagai sangat melampau kerana ia usaha memburukkan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di mata dunia.

"Kepentingan negara harus didahulukan untuk menjamin kestabilan sosiopolitik.

"Secara tidak langsung ia semacam (usaha) memberi tekanan kepada kepimpinan Barisan Nasional.

"Untuk mengangkatnya ke peringkat antarabangsa adalah satu tindakan yang melampau namun tidak akan memberi kesan," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan rakyat negara ini yang berdemonstrasi di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Sabtu lalu bagi menuntut agar Akta Hasutan 1948 segera dimansuhkan.

Sebahagian besar mereka terdiri daripada pelajar dari Leeds, Cardiff, Reading, Bristol, Nottingham, Warwick, York and Southampton.

"Ini sangat sukar dibendung.. mereka ada hak untuk bersuara sesuai dengan pemerintahan negara berkenaan. Yang paling penting adalah kesedaran di pihak kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya untuk menilai sama ada tindak-tanduk mereka itu wajar atau tidak dari segi kepentingan dan masa depan negara," katanya.

Mengulas lanjut, Jeniri juga tidak setuju dengan pemansuhan akta berkenaan, sebaliknya beliau mencadangkan agar kerajaan melakukan penambaikan terhadap akta berkenaan khususnya memperincikannya secara jelas 'kesalahan yang dikatakan cenderung menghasut' bagi mengelakkan pihak tertentu mepertikaikan tindakan kerajaan selepas ini.

"Ia untuk memungkinkan kerajaan dan pihak berkuasa (untuk) tidak dilihat bersikap tidak adil terhadap pihak tertentu. Kecenderungan menghasut itu perlu dijelaskan secara konkrit," katanya lagi.

Selain bantahan di London, pembangkang juga bertindak menganjurkan jelajah ke Australia bagi membawa isu perbicaraan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan ke atas pelbagai aktivis di bawah Akta Hasutan.

Tindakan itu dilihat seolah-oleh mahu mempengaruhi kerajaan Australia bagi memberi sokongan kepada kes Anwar dan pemansuhan Akta Hasutan.

Untuk rekod akta tersebut masih di peringkat mengkaji peruntukan undang-undang yang boleh diwujudkan bagi menggantikannya dan diakui mengambil tempoh masa lama.

Walaupun kerajaan pernah memaklumkan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan, ia masih terpakai sehingga digantikan dengan akta yang baru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana