Pendakwaan di bawah Akta Hasutan Berdasarkan Fakta Kejadian

KUALA LUMPUR 7 Okt - Tindakan mendakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berdasarkan keterangan dan fakta kejadian bukan kerana desakan mana-mana pihak atau berdasarkan kecenderungan politik mereka yang berdepan dakwaan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata, mereka yang dengan sengaja membangkitkan perkara  yang menimbulkan kemarahan rakyat dan mengugugat kenteteraman awam boleh didakwa tanpa mengira status mereka termasuk ahli-ahli politik.

nancyshukriMenurut beliau, kerajaan seperti ditegaskan Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memang komited mempertahankan agama dan bangsa  daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanya apakah kerajaan berpendapat dengan mendakwa beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis  di bawah akta berkenaan selaras dengan komitmen Perdana Menteri menjadikan Malaysia sebuah negara lebih demokratik.

Nancy menjelaskan, Perdana Menteri memang komited dalam perkara itu tetapi mahu ahli parlimen Permatang Pauh itu sedar bahawa dalam keadaan sekarang, hanya akta itu yang ada sebelum akta baru digubal bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan dalam proses untuk meminda dan menggubal undang-undang baru. Akta ini masih berkuat kuasa sebab tiada akta lain,”.

“Bergantung kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa atau menarik balik dakwaan, kerajaan tidak akan masuk campur,” katanya.

Dewan juga kecoh seketika apabila ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mencelah dan mahu kerajaan mengabil tindakan tegas terhadap pihak tertentu yang didakwanya berniat jahat apabila beria-ia mahu akta itu dihapuskan.

Ini menyebabkan ahli parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bangun mempersoal kenyataan Bung Mokhtar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana