Pembangkang sokong Majlis Peguam desak Akta Hasutan dimansuhkan...Ini Adalah Kepentingan Politik PR Saja

UALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak harus mengambil perhatian daripada bantahan yang dibuat oleh Majlis Peguam Malaysia dan juga orang awam hari ini yang meminta Akta Hasutan 1948 dihapuskan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana sebelum ini Najib telah berulang kali berjanji untuk memansuhkan akta ini namun demikian hingga ke hari ini perkara itu belum dilaksanakan.

“Berapa ramai pemimpin politik di hukum dan di dakwa bawah Akta Hasutan. Desakan masyarakat, peguam dan lain-lain harus diberi perhatian kalau benar mahu menjadikan negara ini negara yang mengamalkan demokrasi," katanya kepada pemberita.

Azmin berkata demikian ketika diaju soalan oleh pemberita yang meminta beliau mengulas mengenai perhimpunan yang dilakukan oleh Majlis Peguam pagi tadi.

Manakala, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong berkata pihaknya setakat ini tidak pernah mengendalikan sebarang kaji selidik untuk mengesahkan mengenai pandangan kira-kira 30 juta rakyat Malaysia berhubung perkara terbabit.

Beliau berkata, keyakinan bahawa majoriti rakyat di negara ini menyokong gerakan memansuhkan Akta Hasutan 1948 itu sebaliknya berpandukan demonstrasi, pendapat di laman sosial dan gesaan segelintir kumpulan.

“Majlis Peguam bercakap bukan sekadar mewakili ahli tetapi untuk semua rakyat Malaysia, malah tidak pernah berunsurkan agenda politik.

“Kami meneliti isu daripada perspektif undang-undang selain untuk mencari keadilan. Kami tidak menyebelahi sesiapa, sebaliknya bertindak demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Justeru, kami yakin semua rakyat Malaysia boleh berfikir secara rasional dan sepakat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948,” katanya sewaktu ditemui media.

Terdahulu, beliau bersama kira-kira 300 ahli Majlis Peguam berhimpun di kawasan parkir kereta Padang Merbok sebelum berarak ke Parlimen.

Leong seterusnya menyerahkan memorandum bantahan terhadap Akta Hasutan 1948 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong sebaik selesai sesi perbincangan ringkas.

Siew Keong berkata, beliau akan meneliti kandungan memorandum itu sebelum ia dibincangkan pada mesyuarat kabinet.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana