Pembangkang bela peminjam ingkar...Kan BODOH Nama Tu

Bagi ahli-ahli politik pembangkang ini, generasi ini akan menjadi modal besar untuk menambah undi dan sekaligus membantu menggulingkan kerajaan hari ini dalam pilihanraya umum empat tahun lagi.

Adilkah percaturan politik begini.? Jika sekadar “pukul anak sindir menantu” ia masih boleh dianggap satu cara komunikasi yang lumrah dan masih sopan dalam membuat sesuatu teguran.

Bagaimanapun jika cara yang digunakan untuk mengajar erti keadilan ialah dengan meniru perbuatan dan gelagat golongan yang zalim dan sering bersikap tidak adil, itu adalah berbahaya.

Lebih buruk lagi jika cara mahu mencapai keadilan itu dibuat dengan merangsang dendam dan menanam kebencian terhadap pihak lain. Ia akan membunuh sama sekali erti dan nilai keadilan.

Keadilan mesti dipupuk dengan kesedaran dan keinsafan bahawa ia mesti berlaku dan dicerna dari jiwa yang bersih,  luhur dan berdisiplin.

Justeru itu dalam menuntut keadilan baik untuk diri sendiri, individu dan generasi lain amnya, seseorang yang bertamadun mestilah menghayati dan terlentur nalurinya dengan rasa kasih pada nilai keadilan yang sejati.

Bagaimanapun istilah keadilan ini kini sudah dicomotkan oleh perkiraan-perkiraan sampingan dan luaran kononnya keadilan boleh dicapai dengan membanding dan mengimbangkan kezaliman yang dilakukan oleh pihak lain.

Yang cuba ditanamkan ialah pendirian bahawa jika ada pihak lain bersikap tidak adil maka adalah “halal” pihak yang menuntut keadilan mengambil langkah yang sama.

Sesungguhnya dua kezaliman dan tindakan tidak adil tidak mungkin boleh mencipta satu suasana dan natijah yang adil.

Ini logik pembangkang untuk menghalalkan perbuatan culas membayar hutang. Tidak penting bagi mereka jika generasi muda ini rosak akhlaknya dididik dengan pemikiran dan sikap “civil disobedience” yang membelakangkan peraturan dan kerukunan hidup hanya untuk menang pilihanraya.

Jika mereka adil dan bertanggungjawab sudah tentu mereka patut menjadi katalis mendidik generasi keliru ini supaya memikirkan kepentingan pelajar lain yang memerlukan bantuan pinjaman yang pernah nikmati.

PTPTN untuk generasi akan datang

Sayugia diingat bahawa skim PTPTN adalah tabung pusingan yang perlu sentiasa ditokok dengan pembayaran balik oleh bekas pelajar yang sudah berjaya di bidang pengajian mereka.

Adalah tidak adil, malah zalim, jika generasi berhutang ini diajar bahawa engkar hutang adalah satu amalan mulia kerana ada pihak lain yang dianggap kroni kerajaan, juga liat membayar hutang.

Membayar hutang adalah wajib. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menukil hadis Rasulullah s.a.w. bahawa hatta roh orang yang mati syahid tidak akan ke syurga jika hutangnya belum dilunasi.

Namun kerajaan masih bersikap lunak dengan golongan yang masih menyorokkan RM 1.2 bilion wang rakyat.

“Jadinya, dalam usaha menggalak peminjam membuat bayaran balik, kerajaan mencadangkan supaya 10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015,” katanya.

Sebagai tambahan, tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekaligus atau “lump sum” mulai 10 Oktober sehingga 31 Mac 2015.

Jika mahu reformasi berlaku, generasi muda mestilah dididik dengan nilai yang luhur dan bukan diapi dengan sikap dan amalan yang dibandingkan dengan perangai buruk golongan lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana