Pelik... PAS, DAP kecam pengusiran orang Melayu Pulau Pinang...Ini Semuanya Wayang BElaka

Ini hairan bin ajaib... apabila PAS dan DAP, parti yang membentuk KERAJAAN NEGERI hendak 'cuci tangan' dengan membuat kenyataan bersama mengecam pengusiran penduduk perkampungan tradisi di Kampung Mutiara Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Pada Selasa Agendadaily melaporkan berita tersebut yang antara lain membabitkan 48 keluarga dengan lebih 200 penduduk yang rata-ratanya orang Melayu kini terumbang-ambing selepas berdepan dengan pengusiran.

Dalam satu kenyataan bersama pada Rabu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mengecam tindakan tuan tanah tersebut lebih-lebih lagi penduduk bakal diusir tanpa sebarang pampasan.

Menurut mereka, pelbagai cara sudah dibuat termasuk berunding dengan tuan tanah yang merupakan seorang individu yang menetap di Selangor, namun beliau tetap berkeras meneruskan tindakan undang-undang tersebut.

"Kami membantah tindakan tuan tanah yang tidak berhati perut. Tindakan beliau untuk mengusir penduduk Kampung Mutiara tanpa sebarang pampasan adalah sesuatu yang bertentangan dengan nilai asas manusiawi, khususnya apabila penduduk sudah menetap di kawasan tersebut selama berdekad-dekad," kenyataan mereka dipetik.

Apa yang peliknya adalah siapa berkuasa sekarang ini? pemaju atau kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan yang berkuasa menghalau penduduk Kampung Mutiara?

Perkampungan tradisi itu menjadi tumpuan umum berikutan laporan media yang mendedahkan kemelut yang dihadapi kurang lebih 48 buah keluarga yang kini berdepan pengusiran.

Masalah penduduk Kampung Mutiara telah bermula apabila tindakan mahkamah dimulakan oleh tuan tanah berikutan pembelian tanah tersebut pada sekitar tahun 2007.

Kini, mahkamah sudah pun membuat keputusan yang berpihak kepada tuan tanah, dan satu writ pemilikan (writ of possession) telah pun dikeluarkan bagi mengosongkan rumah-rumah tersebut.

Apa yang lebih menghairankan adalah apabila mereka berdua mendakwa kerajaan negeri tidak boleh campur tangan dalam kes Kampung Mutiara ini.

"Maka kerajaan negeri tidak mempunyai locus standi untuk mencampur tangan. Dalam erti kata lain, kes ini adalah kes mahkamah antara tuan tanah dan penduduk semata-mata," katanya.

Kerajaan negeri katanya, tidak pernah meluluskan sebarang projek sekiranya pampasan tidak dipersetujui antara pemaju dan penduduk.

Dalam kes ini, Kerajaan Negeri ujarnya tidak dapat mencampur tangan secara langsung kerana tiada penglibatan pemaju.

Nampaknya lebih kenapa hendak 'cuci tangan' sekarang ini kerajaan negeri tiba-tiba tidak ada kuasa di Pulau Pinang.

Sementara itu, Parti Gerakan mempersoalkan sama ada wujud usaha terancang oleh Kerajaan DAP negeri melalui dasar yang dilaksanakan dalam pentadbiran untuk memusnahkan kampung warisan tempatan dan tinggalan sejarah di negeri ini.

Andaian itu menurut Setiausaha Gerakan negeri, Oh Tong Keong berdasarkan kejadian yang menimpa beberapa kampung sejak enam tahun lalu yang telah 'hilang' kerana kelulusan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk projek pembangunan.

Katanya, perkara itu turut dipersoalkan rakyat negeri ini yang risau dengan perkembangan berkenaan lebih-lebih lagi, kebanyakan kelulusan yang diberikan adalah untuk membina rumah mewah.

"Ini menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengamalkan dasar propemaju sejak mentadbir negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kebimbangan lebih 200 penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi di sini yang wujud sejak lebih 50 tahun lalu apabila mereka diarah mengosongkan kediaman masing-masing tanpa pampasan dan rumah ganti.

Tong Keong berkata, kejadian di Kampung Mutiara itu hanya menambah lagi 'rekod' Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam 'membersihkan' kampung warisan di negeri ini selepas beberapa kejadian serupa sejak 2008.

"Berdasarkan rekod, sebanyak 25 buah kampung bakal dan telah hilang akibat kelulusan yang diberikan untuk melaksanakan projek mega. Antaranya termasuk Kampung Siam di Pulau Tikus, Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Batu Uban di Gelugor, Kampung Binjai di Bayan Lepas serta banyak lagi," katanya.

Apa yang menyedihkan katanya, di atas kemusnahan tapak kampung-kampung warisan tersebut, projek yang dibangunkan dan mendapat kelulusan PBT merupakan projek untuk 'orang kaya' dan rata-rata penduduk tidak mampu membeli hartanah berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak pula memberi kelulusan kepada projek rumah mampu milik dan sebab itu kita persoalkan adakah dasar mereka mahu memusnahkan kampung tradisi di negeri ini," katanya.

Secara sinis Tong Keong berkata, kerajaan negeri bermurah hati apabila menyampaikan bantuan warga emas bernilai RM100 setahun namun pada masa yang sama, dasar pentadbiran memusnahkan rumah-rumah di kampung terlibat.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung Mutiara, Ismadi Abu Bakar memberitahu arahan pengosongan itu membabitkan sebanyak 48 buah rumah penduduk yang terletak di lot A dan B manakala penduduk tidak dimaklumkan jenis pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut.

"Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya.

smadi bersama kira-kira 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka dan merayu kerajaan negeri campur tangan menyelamatkan perkampungan mereka.

Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis 'Jangan Halau Kami', 'Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Menurut Ismadi, kawasan itu bukan perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan mengapa tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mewartakan perkampungan itu sebagai kampung warisan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana