Peguam Jalan Kaki Bantah Akta Hasutan 16 Oktober Ini...Ini Semua Kerja BODOH

KUALA LUMPUR 2 Okt - Berjalan kaki secara aman oleh peguam bagi membantah Akta Hasutan 1948 akan diadakan pada jam 10.30 pagi Khamis 16 Oktober, bermula di tempat letak kereta Padang Merbok, kata Majlis Peguam Malaysia hari ini.

"Saya menyeru semua ahli dan pelatih dalam kamar menghadiri dan menyuarakan aspirasi serta sokongan anda untuk Malaysia yang lebih baik berdasarkan kepada keamanan, keharmonian, perpaduan, persefahaman dan bebas daripada ketakutan, ugutan, eksploitasi, penindasan dan ekstremisme," kata Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong, dalam satu kenyataan hari ini.

Pengumuman itu dibuat berikutan resolusi Majlis Peguam pada 19 September untuk mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan tangkapan, caj dan siasatan di bawah akta era penjajah itu.

Leong berkata Majlis Peguam berpegang menyokong ikrar diulangi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Mereka juga mengalu-alukan wawasan perdana menteri untuk mengukuhkan perpaduan negara dengan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama, kata Leong.

"Akta Hasutan 1948 adalah bertentangan dan tidak produktif  dengan nilai-nilai dan aspirasi kita untuk Malaysia yang lebih baik," kata Leong.

Ini akan menjadi program jalan kaki ketiga dianjurkan dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

Pada 19 September, 973 ahli majlis itu mengundi menyokong usul memansuhkan undang-undang itu dan menyokong cadangan menganjurkan bantahan berjalan kaki.

Leong memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam yang membantah penggunaan akta itu kerana "anda tidak boleh menghentikan perbincangan, perbahasan dan kritikan kerana ini adalah sebahagian daripada pemikiran dan proses kematangan".

Beliau berkata, wacana awam perlu ada untuk persefahaman dan keharmonian yang berkekalan.

"Kita tidak boleh berada dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga dengan undang-undang zalim yang tergantung di atas kepala kita.

"Jalan ke hadapan adalah melibatkan diri dengan berdebat, perbincangan dan juga berhujah," katanya.

Beliau berkata, atas dasar itu majlis memulakan kempen untuk mempastikan undang-undang itu dimansuhkan selain menganjurkan jalan kaki ini.

Akta Hasutan menyaksikan ramai ahli politik daripada Pakatan Rakyat, aktivis pelajar, peguam dan juga ahli akademik diheret oleh polis sejak Ogos sama ada untuk siasatan atau pendakwaan.

Antara nama-nama besar yang berhadapan akta ini adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa ahli-ahli politik pembangkang, profesor undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom, dan Dr Abdul Aziz Bari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana