Pegawai Kastam Tuduh Ketua Polis Lobi Perdana Menteri Untuk Naikkan Nama PDRM

Malu barangkali kerana beberapa kes melibatkan pegawai-
pegawai tinggi Kastam yang ditangkap kerana rasuah dan
penyelewengan kuasa, ada kakitangan Kastam yang
berasakan, tindakan-tindakan tersebut hanya merupakan
publisiti kepada PDRM memandangkan pada fahamannya,
rasuah lebih banyak dilakukan oleh polis berbanding
kastam.
Bukan sesuatu yang menghairankan apabila Kastam
menjadi tumpuan sekian lama membabitkan
kehilangan berbilion-bilion ringgit dari segi cukai, duti
dan eksais, selain ketirisan barangan seludup ke negara
ini.
Tanggapan bahawa Ketua Polis Negara berkempen
dan cuba menunjukkan yang PDRM lebih bekerja kuat
berbanding Kastam Diraja Malaysia, jelas merupakan
tanggapan yang sangat jahil, berniat jahat dan
cuba menghasut.
Apakah kita akan menyaksikan satu lagi pengakuan
kononnya, akaun Facebook pegawai kastam ini telah
digodam dan dirampas oleh orang-orang tertentu
selain cubaan memburuk-burukkan dan menfitnahnya
sepertimana alasan-alasan lain yang diberikan oleh para
penghasut yang telah didedahkan dan sesetengahnya telah
dikenakan tindakan?
Atau adakah pegawai kastam tersebut cukup berani untuk
mengakui kenyataan yang dikeluarkannya tetapi kemudian
menyatakan ia hanyalah kenyataan 'main-main'?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana