PEGAWAI KANAN KERAJAAN DITAHAN POLIS!!!MELIBATKAN DIRI DALAM KUMPULAN IS

Penolong Pengarah Kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, ditahan selepas dipercayai merekrut rakyat Malaysia bagi menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) dan menerima dana untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata dana itu juga digunakan untuk lelaki berusia 37 tahun itu pergi ke Syria.

Khalid berkata lebih ramai suspek, yang dipercayai merekrut orang ramai untuk menyertai IS, akan ditangkap tidak lama lagi.

“Saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami (polis) sentiasa memberi perhatian dalam kes ini dan akan menghentikan kegiatan mereka,” katanya.

Polis menahan 14 suspek militan, termasuk tiga orang yang dipercayai menjadi dalang di sebalik pengambilan rakyat Malaysia untuk menyertai IS pada Isnin.

Paling muda yang ditahan adalah seorang budak lelaki berumur 14 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana