PasMa: Pesuruhjaya PAS Terengganu Patut Keluar PAS

KUALA LUMPUR 18 Okt - PasMa menegaskan kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat supaya meninggalkan PAS ekoran kritikan terbukan dan berterusan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PasMa Muhammad Husin berkata, Satiful seharusnya menyerang Barisan Nasional (BN) yang menjadi musuh PAS selama ini bukannya PR.

"Sedangkan Muktamar PAS telah membuat keputusan kekal bersama Pakatan Rakyat dan berusaha mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini, Satiful mencabar presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti baharu jika terus menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform mengkritik parti.

Satiful berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.

“Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.

“Kewujudan PasMa menyeleweng daripada NGO yang membantu PAS, kerana boleh memecahbelahkan PAS,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Menurut Muhammad, bekas ahli Parlimen PAS Pasir Puteh itu, Muktamar PAS adalah badan syura tertinggi dalam PAS bukannya Pesuruhjaya PAS Terengganu walaupun negeri asal presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PasMa mengadakan majlis forum dan dialog untuk memberi peluang kepada pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat memberikan pandangan dan kritikan ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Teguran dan kritikan yang diberikan dalam majlis dialog adalah suara akar umbi yang tidak berpuashati dengan keadaan yang berlaku sekarang," katanya.

Muhammad juga mempertikaikan arahan daripada Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) yang melarang ahli PAS menyertai dan menghadiri majlis anjuran PasMa.

"Ia tidak sepatutnya berlaku. MSU adalah badan yang bertanggungjawab dalam urusan dasar bukan eksekutif seperti mengeluarkan arahan kepada negeri dan kawasan," katanya.

Muhammad mendakwa, menjadi anggapan ramai seolah-olah ada perkara yang cuba disembunyikan oleh setiausaha MSU dan pemimpin yang sealiran dengannya yang ditakuti akan didedahkan oleh PasMa.

"Banyak maklumat tentang hubungan akrab antara beberapa anggota MSU dengan pemimpin Umno dan rangkaian mereka seperti Raja Petra yang berada di London," dakwanya merujuk kepada seorang penulis blog.

Beliau mendakwa, blog milik penulis itu menjadi jurubicara kumpulan ini digunakan untuk menyerang PasMa dan siapa sahaja yang bercanggah pendapat dengan presiden dan MSU.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana