PAS SELAR PEMIMPIN PAKATAN AMAL NEPOSTISME

Krisis jawatan Menteri Besar Selangor menunjukkan wajah sebenar parti dalam Pakatan.

Rakyat melihat bahawa Pakatan Rakyat tidak sebaik yang cuba digambarkan. Belum lagi memerintah Malaysia sudah bercakaran sesama sendiri berebut jawatan. Belum lagi memerintah Malaysia sudah amal nepotisme dan kronisme. Belum lagi memerintah Malaysia sudah terbit belang dan angkuh. Belum lagi memerintah Malaysia sudah mula pertikai ulamak.

Jangan lupa bahawa kekalahan teruk Umno-BN pada 2008 adalah suara hati rakyat terhadap sebuah keangkuhan. Mungkin ada yang sudah lupa bahawa ketika rakyat disuruh berjimat cermat, pada masa yang sama pemimpin dilihat berbelanja mewah.

Perkara yang sama akan menimpa Pakatan Rakyat. Ketika mereka dihidangkan dengan keburukan kronisme dan nepotisme, pemimpin Pakatan melakukan nepotisme dan kronisme.
Jangan marahkan rakyat jika tidak memilih Pakatan lagi dalam PRU yang akan datang! – HARAKAHDAILY 1/10/2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana