PAS Selangor kesal, desak batal Oktoberfest

SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa kesalnya dengan penganjuran Oktoberfest oleh Carlsberg Malaysia yang jelas bertentangan dengan sosiobudaya dan sensitiviti agama Islam di negara ini, terutamanya di Selangor.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib, mempersoalkan permit penganjurannya memandangkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dikhabarkan tidak pernah memberikan kelulusan mengenai festival tersebut.

"Jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan menguar-uarkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan papan iklan dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini.
"
Kerajaan Selangor dan PBT juga tidak pernah meluluskan apa-apa berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"PAS Selangor akan berusaha untuk mendesak melalui peruntukan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor dan PBT yang terbabit supaya festival di kawasan terbuka seperti 'parking kereta' dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan 'Akta 176' dapat dialihkan atau dibatalkan dan melarang penglibatan umat Islam serta mereka yang di bawah umur," demikian memetik kenyataan media parti Islam itu hari ini.

Malah PAS Selangor mendesak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang menguar-uarkan penganjuran festival itu melalui iklan.

Begitu juga kepada mereka yang melakukan provokasi yang jelas tidak menghormati kedudukan Islam di negara ini.

"PAS Selangor juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas trehadap pihak yang bertanggung jawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan iklan (di papan iklan) Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar Saujana Hotel Subang, walau ianya diturunkan semula selepas tiga hari dinaikkan.

"Apa jua bentuk perlanggaran undang-undang berlaku, PAS Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa," tambahnya.

Oktoberfest mula berlangsung sejak 24 September lalu di Hotel Subang dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat beli-belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana