PAS : Guan Eng Cemar Imej Khalifah Umar Abdul Aziz....Dulu PAS Beria Ria Sangat....Hu hu hu

KUALA LUMPUR 1 Okt - PAS Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang menggantung ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim kerana membangkitkan isu pengusiran penduduk kampung Melayu di negeri tersebut.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, tindakan Guan Eng itu disifatkan bertentangan dengan sikap Khalifah Umar Abdul Aziz yang menitikberatkan kebebasan bersuara dan keadilan terhadap rakyat.

"Ia bukan sahaja jelas tidak menggambarkan kepimpinan sebenar Khalifah Umar Abdul Aziz bahkan mencemarkan nama baik khalifah agung tersebut.

"Tidak sepatutnya teguran rakan Pakatan Rakyat dianggap sebagai satu tikaman daripada musuh.

"Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah yang amat menitik beratkan kebebasan mengutarakan pandangan sewaktu era pemerintahan beliau.

"Saudara Iszuree hanya menyuarakan pandangannya untuk kebaikan masa depan penduduk dan rakyat Pulau Pinang," kata Mohamad lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Guan Eng yang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejurus DAP merampas tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Mohamad turut mendesak Guan Eng menarik semula keputusan penggantungan dan pembekuan peruntukan yang dikenakan terhadap Iszuree jika benar Kerajaan Negeri benar-benar merealisasikan pemerintahan yang 'cekap, akauntabiliti dan telus'.

"Usah membina semula sistem zalim pengamalan yang lama di atas keruntuhan yang lama di bawah pemerintahan yang baru," katanya.

Iszuree dalam ucapan perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS di Batu Pahat baru-baru ini menegur Kerajaan Negeri Pulau Pinang ekoran pengusiran penduduk Melayu di beberapa buah kampung demi mengejar projek pembangunan.

Malah Iszuree turut kesal apabila Kerajaan Negeri tidak membela nasib penduduk tersebut dengan menyediakan perumahan alternatif walaupun tanah yang dirampas merupakan milik mereka.

Teguran Iszuree itu telah menyebabkan Kerajaan Negeri menggantung keanggotaannya sebagai Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan peruntukan.

Antara penduduk Melayu yang diusir termasuk Kampung Perda di Teluk Bahang, Kampung Mutiara di Batu Feringghi, Kampung Cik Ti, Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Batu Uban dan Kampung Bijai di Bayan Lepas dan Kampung Tok Suboh di Seberang Perai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana