PAS Boikot Himpunan Sokong Anwar?Apa Kah Tanda Tanda Ini....

PUTRAJAYA 29 Okt - Penganjuran Himpunan menyokong Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar di pekarangan Istana Kehakiman dilihat kurang mendapat sambutan dari majoriti pemimpin dan penyokong PAS.

Himpunan yang diadakan sepanjang kes liwat 2 Ketua Pembangkang itu berlangsung dilihat hanya dihadiri beberapa pimpinan PAS yang dilabel sebagai Anwarinas seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ketua ​Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Malah, beberapa pemimpin dan penyokong PAS semalam telah menggunakan laman sosial facebook dan twitter untuk berkempen menegakkan keadilan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dibicarakan atas kes saman dari calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin semalam.

Perkara itu diperakui sendiri Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Hari ini ada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Abdul Hadi. Sebab itu ramai wakil Pas tidak dapat hadir.

"Bagaimanapun pemimpin yang tidak dapat hadir seperti Datuk Seri Abdul Hadi ada menyampaikan kata-kata sokongan kepada Datuk Seri Anwar melalui ucapannya pada siri ceramah yang diadakan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana