Parlimen Kecoh, Shabery Dedah Pembangkang Malu Berdiri Untuk Negaraku

KUALA LUMPUR 14 Okt - Sidang Parlimen hari ini hangat apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan sikap seorang Ahli Parlimen Pembangkang yang mendakwa berasa malu untuk bangun ketika lagu Negaraku ditayangkan di pawagam.

Shabery berkata, ahli parlimen pembangkang tersebut telah menggunakan kebebasan bersuara di laman sosial Facebook membuat kecaman apabila kementerian meminta pawagam menayangkan lagu Negaraku sebelum tayangan filem dan meminta penonton berdiri menghormati lagi kebangsaan itu.

"Contoh yang ingin saya kaitkan dalam Facebook misalnya, pada hari sambutan Hari Malaysia, salah seorang dari ahli parlimen pembangkang daripada Kuching, membuat kecaman apabila ketika beliau masuk ke panggung wayang dan lagu negaraku dimainkan dan mereka diminta berdiri.

“Apa yang beliau(Kuching) katakan adalah, apakah negara kita nak jadi komunis, malu saya nak jawab pada kawan-kawan di luar negara.

"Kenyataan tersebut hanya ditarik balik selepas mendapat ribuan kecaman dari rakyat Malaysia,” kata Shabery di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang membangkitkan isu kebebasan media di negara ini.

Shabery merujuk tulisan ahli parlimen DAP Kuching Chong Chieng Jen di Facebooknya berhubung isu itu pada sambutan bulan kemerdekaan Ogos lalu yang mengundang kecaman rakyat negara ini dan menuduh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu tidak patriotik.

Menurut Shabery, perbuatan ahli parlimen Kuching itu mencerminkan sikap DAP terhadap lagu Negaraku.

“Inilah kebenaran kebebasan bersuara serta mencerminkan tahap patriotisma Yang Berhormat Kuching dan DAP yang kata malu berdiri dalam panggung wayang untuk menghormati lagu Negaraku,” katanya.

“Parti DAP patut rasa malu. Kita tidak perlu hukum kerana rakyat sendiri sudah mengecamnya,” tegas Shabery.

Pendedahan itu kemudian mengundang kekecohan selepas ahli-ahli parlimen pembangkang mendakwa ia adalah satu kenyataan putar belit yang dibuat oleh Shabery.

Namun, dakwaan tersebut dijawab oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mendedahkan sikap pembangkang yang sering kali menggunakan alasan kenyataan diputarbelit apabila kesalahan mereka didedahkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana