Pakatan Rakyat Yakin CGT Lebih Baik Berbanding GST....PR Semuanya Perfect...Porahhh Lah

KUALA LUMPUR 9 Okt - Pakatan pembangkan hari ini memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dipercayai mampu mengukuhkan pendapat negara berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya CGT dipercayai akan mampu mengutip cukai permulaan sebanyak RM3 bilion pada tahun 2015.

"Apabila ekonomi lebih berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat, kutipan dari CGT atas keuntungan urusniaga melibatkan modal juga akan meningkat tinggi," katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2015 di bangunan Parlimen di sini,

Selain itu, menerusi Buku Belanjawan yang diedarkan kepada media, CGT juga untuk mengenakan cukai ke atas keuntungan urusniaga melibatkan saham dan bon, termasuk opsyen saham seperti Skim Opsyen Saham Pekerja (Esos).

"Pakatan Rakyat juga mencadangkan supaya pelaksanaan CGT mengambil kira kaedah terbaik dari seluruh dunia, termasuk kaedah menstabilkan kutipan cukai CGT supaya tidak terlalu turun naik seperti yang diamalkan di California, Amerika Syarikat," katanya.

Menerusi belanjawan alternatif itu juga, pembangkang mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan Cukai Warisan Harta demi melindungi golongan miskin.

"Kerajaan Persekutuan sepatutnya memperkenalkan kedua-dua cukai itu sebelum GST diperkenalkan," katanya.

Selain itu, empat keutamaan jangka pendek yang menjadi tumpuan pada 2015 bagi mempertahankan kebajikan rakyat iaitu pengenalan sistem gaji yang adil bagi memastikan pekerja mendapat perkongsian sewajarnya.

"Mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan subsidi umum untuk mengekang kenaikan harga barang.

"Mewujudkan lebih banyak skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat yang lebih radikal untuk membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah selain merancakkan ekonomi desa," katanya.

Tak Berkuasa Boleh lah cakap...Cuba buat Selangor dulu.Ini tidak apa yang kerajaan barisan Nasional lakukan di perkecil kecilkannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana