Pakatan Rakyat lancar bajet alternatif...mana Haji Hadi?

Biasalah…setiap tahun Pakatan Pembangkang akan lancar bajet alternatif mereka sehari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bentangkan bajet di Parlimen.
Pada sidang media di bangunan parlimen petang Khamis, PKR dan DAP diwakili orang kuat masing-masing, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, tetapi PAS cuma diwakili Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Di kalangan wartawan berbisik, di mana perginya Datuk Seri Haji Hadi Awang?

Apakah kehangatan perang dingin mereka selepas isu Menteri Besar Selangor belum reda lagi?

Sejak kebelakangan ini Hadi belum lagi kelihatan duduk semeja dengan Anwar dan Kit Siang.

Pelancaran Bajet alternatif ini dikira satu event penting yang sewajarnya dihadir oleh pimpinan utama ketiga parti Pakatan itu.

Apabila ditanya ke mana perginya Hadi, Mahfuz yang ditemui kemudian mendakwa Presiden PAS itu tidak hadir di parlimen kerana sejak semalam terbabit dengan kes di mahkamah.

Juga dakwanya pada masa yang sama Hadi menyambut kepulangan anaknya, salah seorang pelajar Malaysia yang terpaksa pulang dari di Yemen ekoran pergolakan kuasa di sana.

Menurut Mahfuz, dia sudah menunjukkan deraf bajet berkenaan kepada Hadi yang telah memberikan persetujuan.

Pada sidang media, Anwar menghampakan wartawan apabila setelah berucap ringkas, dia terus bangkit dan memberi alasan perlu bergegas ke lapangan terbang.

Gerak lakunya itu seolah-olah seperti mahu mengelak daripada dihujani soalan-soalan panas media.

Setelah dibelek buku Bajet Pakatan itu, didapati mengandungi beberapa perkara yang menimbulkan banyak persoalan. Umpamanya, sebelum ini Anwar dok kecoh balun Kerajan Barisan Nasional boros dan tidak pandai menguruskan kewangan. Dia juga selalu mengungkit mengenai defisit belanjawan.

Nah, dalam Bajet 2015 Pembangkang, depa ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang depa yang lebih.

Unjuran pendapatan RM242 billlion dan unjuran perbelanjaan pula RM273 billion. Ini bermakna ada RM31 billion defisit. Budak yang tak belajar perakaunan pun boleh faham, bajet serupa ini bukannya lebih baik untuk negara.

Dalam bajet mereka, Pembangkang juga menolak GST sebaliknya mencadangkan diwujudkan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT), kononnya ia mampu berikan RM3billion pendapatan cukai tambahan.

Selain itu, Pakatan juga cadangkan diwujudkan Cukai Warisan Harta ke atas pemindahan aset golongan kaya bernilai RM5 juta ke atas.

Pakatan menganggap bajet mereka sebagai bajet berkebajikan dan kononnya akan memberikan keutamaan terhadap empat perkara, iaiatu gaji yang adil, mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah, skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat serta merancakkan ekonomi desa.

Bukankah keempat-empat perkara ini telah dan masih dilaksanakan oleh BN secara berperingkat sejak Merdeka?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana