Pakatan mungkin berpecah jika Anwar masuk penjara - Bekas ahli PKR


KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak akan bertahan lama jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara kelak, demikian jangkaan bekas Ketua Penerangan PKR Ruslan Kasim.

Katanya, hakikat ketidaksefahaman di antara parti Islam itu dengan DAP khususnya dan PKR semakin menebal hanya berjaya dikaburi oleh Anwar dengan menegakkan bahawa pendirian parti tetap seiring.

Sebaliknya kerjasama di antara parti komponen dalam Pakatan itu sendiri akan menemui jalan buntu kelak dengan ketiadaan Anwar sebagai orang tengah yang dilihat penyatu antara PAS dan DAP.

"Saya yakin PAS masih lagi bersama dengan PR kerana mereka dalam banyak hal, Anwar yang memainkan peranan menyatukan PAS dengan DAP. Kalau diikutkan PAS dan DAP dah lama tidak boleh kerjasama tetapi Anwar yang menjadi orang tengah dan jambatan, jadi kalau jambatan itu tidak ada maka robohlah kerjasama itu nanti.

"Kalau Anwar sudah tidak ada saya yakin titik pertemuan itu sudah tidak ada faktor penyatu sudah tidak ada," katanya kepada Antarapos semasa temubual eksklusif baru-baru ini.

Sudah tentu tambah Ruslan, PAS akan mengundurkan diri daripada gabungan pakatan tersebut apabila Anwar meringkuk dalam penjara kelak ekoran kes mahkamah Liwat II-nya jika disabitkan bersalah.

Ujarnya lagi, penubuhan Pakatan itu sendiri goyah kerana perjuangan ketiga-tiga parti komponen PAS, DAP dan PKR berbeza dan sering bercanggahan pendirian.

"Penubuhan PR itu asasnya rapuh, pertama di antara ketiga-tiga parti ideologi perjuangannya berbeza, PAS dengan ideologi Islamnya, DAP dengan sekularime, PKR dengan liberalismenya kemudian PAS didominasi dengan orang Melayu Islam, DAP China, PKR walaupun asalnya didominasi oleh orang Melayu tetapi sekarang bukan Melayu

"Matlamat pun berlainan PAS nak menubuhkan negara Islam berbeza dengan DAP dan PKR. Sudah tentulah teknik mereka berbeza

"Pada saya mereka cuma menubuhkan PKR itu atau PR atas dasar musuh yang sama, iaitu demi meruntuhkan BN

"Jadi kita nampak PR itu rapuh dan tidak akan kekal lama," katanya lagi.

PKR juga jelas Ruslan tidak akan mampu bertahan dengan kepimpinannya yang disifatkannya sebagai hanya 'gila kuasa politik' sahaja.

"Jadi saya fikir PAS akan mengundurkan diri apatah lagi sekarang ini kita sudah dengar pertembungan dan pertikaman lidah sedang berlaku di antara DAP dan PAS

"PKR juga dari dulu lagi saya menjangkakan bahawa ia tidak akan ke mana," tegasnya.

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Oktober ini untuk mendengar rayuan melibatkan kes liwat Anwar.

Anwar sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membebaskannya daripada pertuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan.

Namun, pihak pendakwaan berusaha untuk menambah hukuman penjara dari lima tahun yang dikenakan terhadapnya.

Anwar, 67, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana