ORANG CINA MALAYSIA TIDAK DIBERI KEADILAN?

Malaysiakini - portal pro pembangkang hari ini menyiarkan satu artikel bertajuk "Jutawan 'loom band', Cheong Choon Ng terpaksa tinggalkan Malaysia kerana kuota".

Loom bands yang juga dikenali sebagai rainbow loom digunakan dalam seni pembuatan gelang dan lain-lain.

Diceritakan kononnya,Choon Ng terpaksa ke luar negara pada tahun 90-an mencari pendidikan kerana tidak dapat belajar di universiti tempatan memandangkan sistem kuota mengehadkan peluang kepada pelajar berbangsa Cina.

Portal itu juga menceritakan kehebatan empayar perniagaan Choon Ng yang mencatatkan hasil jualan AS$40 juta bagi produk itu.

Ada dua mesej penting yang cuba dijelmakan daripada artikel ini untuk pembacanya.

Pertama, Malaysia adalah sebuah negara yang tidak memberi keadilan kepada orang Cina dalam soal pendidikan.

Kedua, orang Cina Malaysia di luar negara mampu mencipta kejayaan hebat berbanding berniaga di Malaysia.

Tidak pasti bagaimana defisini "keadilan" bagi orang-orang Cina seperti Choon Ng atau Steven Gan (bos Malaysiakini). Tetapi kalau berpijak kepada realiti, orang-orang Cina perlu bertanya kepada diri sendiri adakah mereka sedang tertindas akibat ketidakadilan di bumi Malaysia? Ketidakadilan yang bagaimana?

Sejarah membuktikan rakyat China keluar dan berhijrah ke banyak negara termasuk Malaysia. Tetapi tidak semua negara yang menerima mereka melayan mereka dengan baik. Itu satu fakta. Tidak perlu admin ungkit kenyataan pemimpin negara seperti Australia yang berterus terang mengkritik kaum Cina di negara itu.

Baiklah, artikel itu bercakap soal keadilan memberi pendidikan.

Tahukah Choon Ng dan Steven bahawa Malaysia ialah satu-satunya negara di luar tanah besar China yang menyediakan dan mengiktiraf pendidikan vernakular Cina? Di Singapura yang penduduknya hampir 80 peratus Cina hanya sediakan tempat untuk pelajar terbaiknya bagi mendapat pendidikan Cina.

Di Malaysia, dari segi kemasukan ke institusi pengajian lepasan-menengah, kadar kaum Cina telah meningkat daripada 65 peratus (1990) kepada 96 peratus 2005. Lebih menarik ialah peningkatan kaum Cina dalam institusi pengajian tinggi awam daripada 13 peratus (1980) kepada 69 peratus (2005).

Pernah Choon Ng dan Steven periksa fakta-fakta ini? Cuba berikan satu negara lain di luar tanah besar China yang memberi peluang sebegitu kepada orang Cina. Percayalah, TIDAK ADA. Ia hanya dinikmati oleh orang Cina di Malaysia.

Seperkara lagi, orang Cina seperti Choon Ng sebenarnya tidak semestinya pergi begitu jauh sehingga ke UK untuk berjaya dan menjana kekayaan berbilion ringgit. Choon Ng patut teliti perangkaan terbaru 20 individu terkaya di Malaysia.

1. Robert Kuok Hock Nien 54.4 b
2. T Ananda Krishnan 33.1b
3. Tan Sri Teh Hong Piow 18b
4. Tan Sri Quek Leng Chan 14.1b
5. Tan Sri Lee Shin Cheng 13.1
6. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 11b
7. Tan Sri Lim Kok Thay 9.4b
8. Puan Sri Lee Kim Hua 7.4b
9. Datuk Mokhzani Mahathir 4.2b
10. Tan Sri Azman Hashim 4.1b
11. Tan Sri Tiong Hiew King 3.7b
12. Ong Beng Sheng 3.5b
13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay 3.2b
14. Tan Sri Lau Cho Kun 3.1b
15. Tan Sri Shahril Shamsuddin 2.5b
16. Datuk Shahriman Shamsuddin 2.4b
17. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling 2.1b
18. Datuk Lee Yeow Chor 2b
19. Lee Yeow Seng 2b
20. Tan Sri Vincent Tan 1.9b

1 India, 5 Melayu-bumiputera dan 14 Cina. Tidakkah tergerak hati Choon Ng dan bos Malaysiakini untuk mencari definisi "keadilan" dan "ketidakadilan" dalam perangkaan ini? Atau adakah Choon Ng mahu mengulangi alasan-alasan berbaur perkauman seperti "Itu kerana Melayu malas" yang sering ditiup puak-puak cauvinis?

Sebagai rakyat Malaysia, Choon Ng patut berasa bangga untuk mengetahui bagaimana taikun Malaysia seperti Robert Kuok pernah berada di kelompok 30 usahawan terkaya dunia selain Lee Shin Cheng, Quek Leng Chan dan Teh Hong Piow yang pernah berada di kedudukan antara 200 hingga 300 orang terkaya dunia.

Hakikatnya, orang-orang Cina yang merajai takhta kekayaan di negara ini tidak akan mampu mengumpulkan kekayaan sebegitu jika kaum Cina tertindas dek ketidakadilan, apatah lagi hendak bercakap soal agihan kuota.

Mungkin Malaysiakini perlu menemubual taikun-taikun ini dan bertanya soal kuota dan soal "keadilan". Atau tanya, kenapa mereka boleh kumpul kekayaan puluhan bilion ringgit dengan segala "ketidakadilan" seperti yang diperkatakan oleh Choon Ng.

Admin percaya, orang seperti Choon Ng juga perlu tahu apa jawapan jujur mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana