Oktoberfest: Nak Tahu Dungunya PAS, Waktu inilah…

SETIAP kali ada artis luar negara yang datang mengadakan persembahan di negara ini, majoriti darinya akan ‘disambut’ Pemuda PAS dengan demonstrasi-demonstrasi di hadapan pintu masuk konsert, membantah persembahan tersebut. Ada sajalalah alasan, tak sesuailah, artis tu macam inilah, macam itulah dan sebagainya.
Macam konsert Mariah Carey yang nak diadakan nantilah, dah melaung-laung PAS meminta konsert tersebut dibatalkan atas alasan maksiat dan sebagainya.

Tapi bila pesta arak, Oktoberfest diadakan di negeri dimana mereka adalah salah satu pemenang kerusi terbanyak (di samping DAP), PAS tiba-tiba jadi dungu. Gedebung gedebang macam nak rak, tapi pesta 3 hari itu berjaya dilangsungkan tanpa kelibat PAS membantah mahupun berdemonstrasi.

Kenapa? Segan dengan pemimpin Pakatan yang ramai dalam tu ke atau takut miss soru ke, atau apa?

Walhal, terang-terang itu acara ‘haram’ walaupun ada permit. Nak ikutkan, persembahan artis luar negara itu pun ada permit juga, tapi PAS peduli apa, demo tetap diadakan sebab isunya bukan ada permit takde permit, tapi sebab agama – kononnyalah.

Memanglah Oktoberfest ni untuk bukan Islam, tapi apa bezanya dengan buka kasino di Genting, untuk bukan Islam juga kenapa PAS jadikan isu politik? Yang nak tengok konsert pun ramai juga bukan Islam, tapi kenapa PAS memekak?

Jadi penulis katakan, ini semua bukan sebab agama, tapi sebab politik. Apa benda yang BN luluskan dan tak kena dengan PAS, dia pasti bantah. Sebaliknya bila apa benda pun yang Pakatan luluskan, walaupun tak kena dengan PAS, parti itu tetiba jadi bodoh macam tugu/kayu dan sebagainya.

Lebih kurang kesimpulan, PAS beramal bukan ikut agama, tapi ikut parti.

Rakyat perlu ambil maklum perkara ini kerana inilah antara sebab yang boleh penulis fikirkan kenapa Allah swt tak izinkan PAS menjadi pemerintah di negara kita ni walaupun dia dakwa memperjuangkan agama sebab PAS ni parti hipkorit.

Alasan PAS konon OKtoberfest ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan pun tak boleh dipakai sebab, katakanlah penganjur Oktoberfest ni nak adakan pesta arak tersebut di Kelantan dan disokong Kementerian Pelancongan, agak-agak PAS akan anjurkan ke, sebab Kementerian Pelancongan sokong?

Tak jugak sebab permit akhirnya terletak di tangan PBT (sebut kerajaan negeri), pedulilah siapa sokong atau tidak.

Jadi, berhentilah bagi alasan kurang cerdik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana