Oktoberfest Carlsberg: PPIM kesal, kerajaan Pakatan 'cemar' Selangor

SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa kesal dan terkilan dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya wakil rakyat PAS kerana membenarkan penganjuran Oktoberfest Carlsberg di negeri itu.

Malah, ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menyifatkan apa yang berlaku di negeri itu kini sebagai satu 'pencemaran tambahan kepada apa yang dah tercemar'.

"Saya melihat ini satu pencemaran tambahan kepada apa yang dah tercemar. Seharusnya kalau diikutkan asal-usul Pakatan yang mana PAS merupakan anggota Pakatan harus menentukan ini tak terjadi. Kalau Umno itu iyalah dia parti sekular. Kalau PAS ini kita bercerita sebagai sebuah parti Islam.

"Kita kesallah sebab ia dah terjadi dan kita harap tindakan yang berlaku ini membuka mata orang ramai terhadap apa yang dikatakan sebagai perjuangan membela Islam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Katanya, PAS sebagai rakan komponen Pakatan perlu bertegas agar perkara mungkar seperti ini tidak diteruskan apatah lagi diberi kelulusan kepada pihak penganjur sekali pun.

"Jadi, parti Islam seharusnya kena menentukan perkara seperti ini tak terjadi. Dalam Perlembagaan negara, Islam adalah agama rasmi yang mana (Octoberfest ini) sudah tentu secara terang dan jelas menafikan agama Islam itu sendiri. Seharusnya perkara mungkar seperti ini tidak diteruskan malah tidak harus dibenarkan sekalipun," katanya.

Sehubungan itu, kerajaan Pakatan Selangor digesa untuk menangani perkara tersebut sebaik mungkin.

"Kita mahu perkara ini ditangani sebaik mungkin oleh PAS dan kita harap benda ini dilaksanakan secara serius bukan sekadar menamakan ia sebagai parti Islam tapi (tak) melaksanakan kehendak Islam itu sendiri," tambahnya.

Malah, beliau turut menegur ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana bersikap acuh tidak acuh terhadap isu tersebut.

"Tak kenalah...tambah-tambah Shah Alam itu diwakili oleh wakil rakyat Islam sendiri.Jjadi kita kena lihat secara bersungguh-sungguhlah, bukan bila nak nafi dia nafi, bila nak sokong dia sokong. Kita harap satu pendekatan lebih jelas bagi memudahkan rakyat untuk menyokong atau tidak menyokong," tegasnya.

Penganjuran Octoberfest Carlsberg terus mendapat bantahan, terbaru daripada graduan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Terdahulu, Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Temerloh Nasrudin Hassan menyeru semua pihak menentang Octoberfest yang akan berakhir pada 12 Oktober ini dan menyifatkannya sebagai budaya munkar.

Selain itu, Umno Selangor turut melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest'.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia bermula sejak 24 September lalu, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana