Ohhh....‘Gabungan BN tidak mengikut syarak’ PAS Ikut Syarak Lah...

SHAH ALAM – Gabungan parti politik antara Umno, MCA dan MIC dalam BN didakwa tidak mengikut kehendak dan garis panduan Islam, maka tidak hairanlah apabila konsep perjuangan parti pemerintah itu sangat jauh daripada konsep dakwah kepada ALLAH.

Sebaliknya, menurut Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh, tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP pula menepati kehendak syarak dalam memperkenalkan kebaikan dan keadilan kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kita mesti faham bahawa dalam Islam ini, tahaluf siyasi adalah dibenarkan dan tahaluf siyasi yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dalam menggabungan umat Islam dengan masyarakat bukan Islam.

“Adapun yang berlaku dalam PR adalah satu usaha gigih untuk kita memperkenalkan kebaikan dan keadilan Islam kepada bukan Islam,” katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam mengatakan Pas menggunakan perkataan Arab, tahaluf siyasi sebagai taktik untuk menghalalkan kerjasama mereka dengan bukan Islam.

Mengulas lanjut, Nik Zawawi menambah, tahaluf siyasi mestilah dilakukan oleh sebuah parti yang memperjuangkan Islam atau sesebuah negara Islam.

Oleh kerana itu, gabungan parti komponen dalam BN itu tidak boleh dipanggil kerjasama politik kerana ia tidak mengikut acuan Islam yang sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana