MoU air antara Pusat dan Selangor kekal - MB... Sebelum Ini Bukan Ke main Lagi

SHAH ALAM: Perjanjian air yang dimeterai antara kerajaan Selangor dan Persekutuan tidak akan dibatalkan, demikian kata Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Katanya, perjanjian itu tidak akan dibatalkan ekoran mengambil kira kepentingan rakyat.

"Saya tidak akan membatalkannya. Saya mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat boleh menikmati bekalan air yang mencukupi pada masa depan," katanya yang ditemubual secara eksklusif oleh The Star.

Bagaimanapun, Azmin berkata, beliau akan terus mendesak Putrajaya supaya mendedahkan butiran mengenai perjanjian tersebut.

"Bagaimana anda mengharapkan saya dan pentadbiran baharu untuk mempertahankan keputusan yang diambil terhadap projek itu sekiranya kami tidak dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai terma dan syarat, kadar tarif yang akan digunakan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna,' katanya.

Pendirian tersebut mungkin mengejutkan pengkritik yang menganggap perjanjian itu sebagai perjanjian sulit antara bekas menteri Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Umno.

Ramai termasuk rakannya di dalam Pakatan Rakyat menjangka Azmin akan membatalkan perjanjian itu.

Azmin berkata kerajaan negeri mahu menamatkan spekulasi mengenai perjanjian air dan hanya ada satu cara iaitu mendedahkannya kepada rakyat.

Azmin yang menerima salinan asal perjanjian persefahaman itu berkata dokumen itu tertakluk Akta Rahsia Rasmi.

"Oleh sebab itu, saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai perjanjian itu. Ia hanya perjanjian biasa, transaksi perniagaan antara kerajaan dan kerajaan Persekutuan. Ia bukan mengenai isu keselamatan nasional," katanya.

Beliau turut menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili meminta kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian tersebut tetapi belum menerima sebarang maklum balas.

Namun, Dr Ongkili memberitahu media bahawa Peguam Negara tidak membenarkan perkara itu dan syarikat konsesi turut menentangnya.

"Adakah mereka melindungi syarikat atau rakyat? Rakyat perlu tahu terma dan syarat kerana kadar tarif akan memberi kesan kepada mereka," kata Azmin.

Mengenai pembentangan Bajet Selangor bulan depan, beliau berkata ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan rakyat.

Tidak seperti bajet kerajaan Persekutuan, di mana hanya 18 peratus daripada RM273 bilion diperuntukkan untuk pembangunan dan selebihnya perbelanjaan mengurus, Bajet Selangor akan menyaksikan nisbah 60:40 dalam hal itu.

Beliau berkata, perbelanjaan pembangunan untuk menjana aktiviti ekonomi dan lebih banyak pendapatan.

"Selangor menyumbang kira-kira 25 peratus kepada KDNK (keluaran dalam negara kasar). Ia merupakan kunci kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara.

"Kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat tetapi kita juga perlu melibatkan diri dengan komuniti perniagaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana