Mengejutkan: 90 Orang Menghuni Sebuah Rumah Pangsapuri...Kesiannya Bertuah Hidup DI Malaysia Ni

PETALING JAYA: Bagaimanakah kehidupan seramai 90 orang di dalam sebuah rumah pangsapuri berkongsi dua tandas dan tiga bilik tidur?

Persoalan itu antara yang diajukan kepada sekumpulan 90 warga asing daripada etnik Uighur selepas mereka ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Bukit Jalil pada Rabu malam.

Seramai 90 warga asing itu antara 155 etnik Uighur yang ditahan dalam serbuan pada pukul 11 malam di dua unit pangsapuri.

Dalam sebuah lagi rumah pangsapuri, seramai 65 orang ditemui sedang tidur dalam keadaan sempit dan berbau.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Imigresen Kuala Lumpur, Basri Hassan berkata, siasatan awal mendapati warga asing terbabit terdiri daripada etnik Uighur yang mencari perlindungan politik.

"Mereka dikesan memasuki negara ini dari selatan semenanjung. Sebahagian besarnya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kita percaya etnik itu yang beragama Islam dan berasal dari barat laut Xinjiang, China merupakan mangsa sindiket pemerdagangan manusia," katanya.

Tambahanya, warga asing itu kemudian dibawa ke pejabat Imigresen untuk urusan dokumentasi.

Basri memberitahu, pihaknya juga terkejut dengan keadaan kediaman itu yang dihuni seramai 90 individu dalam satu masa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana