Mengapa PAS keberatan untuk menyatakan yang benar?

PAS adalah parti Islam. Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang baru sahaja menegaskan pada Muktamar PAS ke-60  bahawa PAS hanya berpandukan Al Quran dan Sunnah serta akan menghormati dan menepati janji dengan pihak yang berpiagam damai dan berkerjasama dengannya.

Mengapakah pimpinan PAS berdiam diri dan tidak mengarahkan dua pimpinan negeri Selangornya itu bangkit menyatakan kebenaran. Jika tidak sekilas pandang akan terbina persepsi bahawa PAS tidak jujur dan tergamak membiarkan seorang wanita untuk mempertikaikan wibawa mereka dan Pakatan Rakyat!

Kini sikap membisu terhadap “campurtangan” Faekah yang tidak berparti dalam urusan Pakatan Rakyat menggalakkan wanita itu meruncingkan keharmoniam dalam kerajaan Selangor.

Terbaharu Faekah melolong mengatakan Azmin mengamalkan politik “balas dendam” dan menyekat penyaluran peruntukan Skim Usia Emas yang diperuntukan bagi warga emas di kawasan DUN Khalid, Pelabuhan Kelang.

Sekali imbas Faekah mungkin ada autoriti untuk membuat tuduhan sebegitu kerana beliau adalah wakil Khalid Ibrahim bagi pengundi kawasan DUN berkenaan.

Namun sekali lagi PAS tidak tampil untuk membetulkan keadaan apabila ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah dari PKR memilih menjadi ADUN Bebas, Khalid yang ketika itu Menteri Besar menghentikan penyaluran peruntukan skim berkenaan untuk dipindahkan kepada wakil baru kerajaan yang dilantik kemudian.

 Kini ADUN Pelabuhan Kelang, Khalid Ibrahim bukan wakil rakyat PKR sebab sudah dipecat. Sudah tentu peruntukan Skim Usia Emas tidak lagi disalurkan melalui Faekah yang pernah dilantik wakil beliau di kawasan undi itu.

Jika pemimpin-pemimpin PAS tidak turut membantu memberi pencerahan dalam perkara mana “yang lebih benar dan sahih” sebegini, ia membayangkan PAS sudah luntur semangat Pakatan Rakyat dan jatidirinya.

Lebih buruk lagi, keengganan PAS berdiri menegakkan kebenaran dalam dua kes yang dionarkan oleh Faekah, membayangkan bahawa PAS lebih mengutamakan kepentingan politik dan bukan mahu mencari keredhaan Allah seperti yang dibanggakan oleh Haji Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana