MB Selangor enggan ulas program 'I Want To Touch a Dog' Tak Berani Nak Ulas....Inikah PEmimpinan Tertinggi?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali enggan mengulas lanjut kempen 'sentuh anjing' yang mendapat sambutan menggalakkan masyarakat Melayu Islam yang diadakan di negeri terkaya itu.

Azmin berkata, kempen itu hanya isu kecil dan tidak melibatkan kepentingan majoriti rakyat Selangor seperti isu perjanjian air.

"Kita cerita pasal isu air...isu besarlah, ok?" katanya ringkas selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Selangor di Shah Alam, hari ini.


Program "I Want To Touch a Dog" diadakan semalam di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya beragama Islam menepis pemikiran skeptikal terhadap anjing.

Beberapa mufti negeri membidas program itu yang dianggap bertentangan dengan budaya masyarakat.

Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilaporkan berkata, penganjuran program itu satu percubaan menghina ulama dan pihak berkuasa agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.

Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Oktober tahun lalu mewartakan hukum haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat.

Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yang jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.

Katanya, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang bercanggah dengan mazhab Shafie.

Selain menyentuh anjing, program itu memberi peluang pengunjung belajar cara berinteraksi dengan haiwan berkenaan serta cara menyucikan diri selepas menyentuh anjing. – The Malaysian Insider

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana