MB Baru Mahu Putrajaya Dedah Kandungan Perjanjian Air

SHAH ALAM 2 Okt - Menteri Besar Selangor Mohamed Ali mendesak kerajaan pusat mendedahkan isi kandungan perjanjian penstukturan air negeri yang dibuat ketika era pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Azmin, beliau akan membuat permohonan kepada kerajaan pusat bagi mendapatkan penjelasan mengenai perjanjian yang terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kita masih tak dapat lagi salinan perjanjian (penstrukturan air). Dan kita akan tulis surat kepada kementerian supaya jadikannya sebagai satu dokumen awam dan benarkan kita untuk dedahkan kepada rakyat. Tetapi masalahnya perjanjian itu tertakluk kepada OSA.

"Pegawai saya kena bantu saya kemukakan hujah ini. Seminggu ini kita akan hantar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di bangunan SUK, Shah Alam.

Perjanjian induk bagi mengambil alih mengambil alih perkhidmatan bekalan air Selangor ditandatangani oleh menteri besar sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili kerajaan persekutuan.

Perjanjian berkenaan adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lalu berkaitan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat Selangor.

Tiga syarikat konsesi bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.

Satu lagi firma, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) menolak tawaran tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana