Masyallah.....Ini Kes Berat Ni....Penulis Novel 'Pelacur' Dakwa DAP Perjuangkan Islam

KUALA LUMPUR 30 Sept - Penulis novel 'Pelacur Kelas Pertama' ,  Jamila Rahim mempertahan ideologi DAP yang serasi dengan perjuangan Islam sekaligus merupakan faktor pendorong dirinya untuk menyertai parti itu.

Bagi gadis berpurdah itu berkata, DAP lebih dekat dengan perjuangan keadilan yang merupakan salah satu ideologi yang disarankan Islam itu sendiri.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya ketika ditemubual Roketkini.

Keputusan Jamila telah mengejutkan pelbagai pihak yang menganggap ianya sebagai salah satu strategi DAP untuk mendekati pengundi Islam di negara ini.

Sementara itu, beberapa penulis politik memberi reaksi negatif terhadap Jamila yang dilihat sebagai buta perjuangan agama.

Penulis 'KuntaKinte Malaysia' dari MyKMU menyifatkan gadis yang turut dikenali sebagai Melati itu seolah-olah menjual diri dan agama hanya kerana terpengaruh dengan kemewahan yang ditawarkan.

Katanya, bagi seorang anak gadis Islam atau mana-mana anak muda Islam menyertai DAP, mereka sebenarnya mengukuhkan usaha DAP melemahkah kedudukan dan peranan Islam di negara ini.

"Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia.

"Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah 'menjual diri' kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam," katanya dalam tulisannya bertajuk “Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana