Malaysia Tidak Bunuh Pesalah Akta Hasutan Seperti China - Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR 14 Okt - Datuk Bung Mokhtar Radin menggesa Akta Hasutan dikekalkan, mengambil contoh mereka yang didapati menghasut di China akan dihukum tembak, namun di Malaysia mereka didapati melakukan kesalahan akan dibicarakan secara adil.

"Saya menegaskan, Akta Hasutan perlu dikekalkan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Apa nak ditakutkan, mereka yang lakukan itu yang takut," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

"Ketika zaman Jepun, mereka ini akan ditembak di kepala. Di China, negara komunis, mereka yang didapati bersalah menghasut akan dihukum bunuh.

"Tapi di Malaysia, kita bicarakan dengan adil," katanya di Parlimen hari ini
Kontroversi Akta Hasutan 1948 timbul apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pada mulanya bercadang memansuhkan akta berkenaan masih lagi tidak berbuat demikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012 pertama kali memberikan komitmen beliau dalam langkah transformasi kerajaan untuk memansuhkan akta berkenaan.

Pemimpin pembangkang turut mengkritik pentadbiran Najib apabila masih menggunakan akta berkenaan untuk menahan beberapa individu termasuk ahli politik pembangkang.

Selain ahli politik, turut menerima kesan penggunaan akta itu baru-baru ini ialah pakar akademik, aktivis dan kumpulan mahasiswa dan ulama.

Terbaru, bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan antara yang disiasat mengikut akta berkenaan ekoran kenyataannya menyentuh Biro Tata Negara (BTN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukry dilaporkan berkata, akta itu masih dalam proses pindaan serta kajian oleh Jabatan Peguam Negara kerana kerajaan masih dalam proses mendapat maklum balas dan berbincang dengan pihak yang mempunyai kepentingan dalam hal tersebut.

Beliau dilaporkan berkata, kuasa pendakwaan terletak kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Sejak dahulu lagi, negara mengamalkan sistem pembahagian kuasa iaitu suatu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Keputusan dibuat tanpa campur tangan mana-mana pihak lain," katanya.

Beliau berkata keputusan mengemukakan pertuduhan bagi mendakwa seseorang individu adalah berdasarkan keterangan serta fakta kejadian dan bukanlah atas desakan mana-mana pihak atau faktor lain.

Kerajaan katanya, tidak mengambil kira latar belakang agama, kaum atau kecenderungan politik individu berkenaan asalkan ia menepati terdapatnya elemen hasutan pada setiap kesalahan yang dilakukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana