Malaysia bakal cetak sejuta Al Quran setahun untuk edaran seluruh dunia

Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, bakal dibina di pusat pentadbiran negara, Putrajaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta.      
         
"Pusat ini, atas inisiatif kerajaan bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah al-Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia.

"Selain itu, pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan ‘Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat’ di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Yayasan Restu sebelum ini menerbitkan Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Mandarin sebagai langkah meneruskan dakwah melalui seni mushaf.

Sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran terjemahan Bahasa Mandarin disiapkan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Yayasan Restu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terkenal dalam penghasilan manuskrip Al-Quran bertulisan tangan, telah menerbitkan lebih 20 edisi Al-Quran termasuk Al-Quran Mushaf Malaysia pada 2000 serta mengeluarkan terjemahan kitab suci itu dalam enam bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Khmer, Rusia dan Kazakh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana