Majlis Peguam ditaja anjur demonstrasi?

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong didesak untuk tampil memberikan penjelasan berhubung peruntukan yang diperoleh dalam penganjuran perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948 baru-baru ini.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Az­wanddin Hamzah ber­­kata, perhimpunan berkenaan sudah tentu melibatkan kos peruntukan yang tinggi kerana mereka telah membawa masuk peguam dari luar negara.

Katanya, langkah itu diambil untuk membolehkan mereka terlibat menghadiri perhimpunan tersebut, termasuk beberapa badan peguam antarabangsa seperti Persatuan Peguam Komanwel, Majlis Undang-undang Australia dan ahli Majlis Peguam Jepun.

Dengan keadaan itu, beliau memberitahu, Majlis Peguam layak diumpamakan sebagai sebuah ‘syarikat’ yang ditaja untuk membuat demonstrasi bagi menentang kerajaan.
Azwanddin juga turut mempersoalkan mengapa isu-isu berkaitan undang-undang yang timbul sebelum ini tidak pula diambil peduli oleh majlis tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa mereka hanya bertindak kerana adanya pihak yang membuat tajaan.
“Selain menjadi alat politik dengan dana tajaan yang diperoleh, majlis tersebut hanya bertopengkan pengetahuan undang-undang, tetapi sebenarnya menjadi ‘racun’ pencetus keruntuhan kestabilan politik negara.

“Presidennya perlu menjelaskan siapakah yang menaja semua peruntukan yang digunakan pada perhimpunan tersebut.

“Tiket penerbangan, kos pengangkutan, hotel penginapan, makan dan minum, sepanduk dan kain rentang yang mereka gunakan untuk berdemonstrasi adalah menggunakan kos wang tinggi,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azwanddin juga memberitahu, badan peguam yang turut dianggotai beberapa Ahli Parlimen pembangkang itu juga perlu menjelaskan siapakah penyalur dana dari luar negara itu yang turut menaja beberapa perhimpunan.

Katanya, antara perhimpunan yang dimaksudkan itu termasuklah perhimpunan Bersih dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).Katanya, sehingga hari ini, mereka hanya menutup mulut dan tidak pernah mengumumkan siapa dalang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan itu sebagaimana yang pernah dibongkarkan JMM sebelum ini.

“Sebagai sebuah syarikat, tindakan perhimpunan bantahan Akta Hasutan 1948 baru-baru ini merupakan rangsangan jahat dari pihak luar dan ternyata mereka mempunyai hubungan dengan kuasa asing di luar negara yang cuba mengganggu landskap pentadbiran negara dengan menyalurkan bantuan bagi menggerakkan agenda mereka di negara ini.

“ Christopher Leong harus men­ja­wab siapa sebenarnya di belakang ‘Syarikat Majlis Peguam’ ini yang menghasut mereka untuk berbuat demikian,’’ kata Az­wanddin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana