Liwat dua: Aksi luar mahkamah antara penyokong Anwar dan Saiful jadi tumpuan

Ketika ramai tertumpu kepada pertembungan klasik dua nama besar dalam perundangan di Malaysia, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam kes kamar Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman Putrajaya.
Di luar mahkamah, suasana tidak kurang hebatnya.

Pertembungan dua penyokong, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengadu kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pagi Rabu, kira-kira 300 penyokong Anwar berarak dari Masjid Besi ke Istana Kehakiman, bagi mengikuti rayuan kes liwat yang dihadapi ketua pembangkang itu di sini, pagi ini.

Mereka cuba melakukan provokasi terhadap anggota keselamatan di pintu pekarangan mahkamah.

Ini kerana kawalan ketat anggota polis di pekarangan mahkamah apabila pendengaran kes rayuan Anwar memasuki hari kedua hari ini.

Manakala dari arah PICC pulak, lebih 400 penyokong Saiful turut berarak lebih satu kilometer untuk berhimpun di arah bertentangan dengan penyokong Anwar.

Mereka turut membawa sepanduk dan melaungkan slogan.

Seorang surirumah, Rogayah,68, berkata, dia hadir di bangunan Mahkamah Persekutuan pada Rabu kerana mahukan keadilan ditegakkan.

Dia yang datang menaiki bas dari Ampang bersama penyokong lain bertolak pada pukul 8 pagi untuk ke Putrajaya.

"Saya hanya menuntut keadilan, dalam kes ini saya yakin Saiful tidak bersalah dan perlu mendapat keadilan.

"Kami datang dengan kerelaan hati, tidak dibayar oleh sesiapa," katanya.

Seorang lagi penyokong Saiful, Abd Rahman, 59,  menyatakan harapannya agar Anwar dihukum penjara, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku, dia tetap menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Dia yang menaiki motosikal dari Sepang turut menafikan dibayar oleh pihak tertentu untuk menyokong Saiful.

"Saya datang secara sukarela, tak ada arahan mana-mana pihak atau mendapat bayaran," katanya.

Ramlah, 69, yang datang menaiki bas dari Pandan berkata, dia adalah seorang yang menyokong keamanan dan keadilan.

"Sebab itulah saya berada di sini dan menyokong Saiful.

"Kedatangan saya tak ada kaitan dengan mana-mana pihak kerana saya datang secara sukarela" katanya.

Tinjauan Agendadaily mendapati di kiri kanan jalan meriah apabila ada yang ambil kesempatan untuk berniaga.

Anwar yang memakai kemeja putih dilihat tiba di hadapan bangunan mahkamah itu pada pukul 9 pagi dan kemudian bertemu para penyokongnya yang berada berdekatan bangunan itu.

Mahkamah Persekutuan sejak Selasa, untuk mendengar rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Saiful.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana