Letupan: Dua Mangsa Kini Kritikal

KUALA LUMPUR: Dua mangsa kejadian letupan di Jalan Bukit Bintang awal pagi Khamis kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Sebelum ini, seorang mangsa warga tempatan yang juga pekerja sebuah kelab malam di kawasan berkenaan disahkan maut ketika menjalani pembedahan.

Jurucakap HKL berkata, seramai 11 daripada 13 mangsa membabitkan tujuh lelaki dan empat wanita terlibat dalam insiden pada pukul 4.30 pagi itu mendapat rawatan di HKL.

Selain itu, dua lagi mangsa rakyat tempatan mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.

"Mayat mangsa yang meninggal akan dibedah siasat, manakala dua lagi mangsa yang juga mengalami kecederaan parah kini ditempatkan di zon merah dan berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Jurucakap itu berkata, mangsa terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat dari China, seorang rakyat Thailand serta seorang dari Singapura.

Selain itu, beliau menambah, pihak kedutaan dari negara asal mangsa telah diberitahu dan tiba di HKL untuk mengenal pasti mangsa.

Laporan sebelum ini mendedahkan seramai 14 mangsa terlibat dalam letupan dua biji bom yang dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta di sebuah bangunan.

Sementara itu, di lokasi kejadian, pihak forensik polis dan Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan terperinci di sekitar kawasan berkenaan bagi mengesan sebarang bahan bukti untuk membantu siasatan kes itu.

Unit Pemusnah Bom juga bertindak memusnahkan bom ketiga yang gagal diletupkan pihak bertanggungjawab dalam kejadian awal pagi Khamis itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana