Lari dari hospital selepas bersalin...

Ingat tak lagi wanita yang didakwa bersama seorang lelaki mengamuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai 2012.
Kejadian itu gempar setelah lelaki yang mengamuk itu ditembak mati selepas menyerang petugas keselamatan dengan pedang.

Muhdalena Ahmad, kemudiannya ditahan dan dibicarakan.

Pada Khamis beliau melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bharu pagi Khamis.

Muhdalena yang diperintahkan ditahan di Hospital Permai, Tampoi, oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, Jun lalu itu dikatakan dimasukkan ke HSA kerana bersalin kelmarin.

Bagaimanapun, Muhdalena didapati tiada di katil hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi selepas dikatakan memberi alasan untuk keluar ke tandas.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan dalam satu kejadian amuk dua tahun lalu. Mahkamah mendapati tertuduh mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi sementara menunggu diperkenan Yang Dipertua Agong.

Muhdalena yang juga bekas penuntut Universiti Antarabangsa Malaysia menghadapi empat pertuduhan berhubung kejadian amuk bersama seorang lelaki di Kompleks B, JPM, Presint 1 di Putrajaya, pada jam 2.30 petang, 9 Julai 2012.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana