'Langkah 2A' : Kisah Sandiwara MB Selangor

BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya perturunkan dibawah link tulisan bernas saudara Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit-Cuit Utusan Malaysia pada hari Rabu 24 Sept lepas. Terpulanglah kepada saudara semua untuk menilai analisa beliau mengenai kemelut MB Selangor.

Cuma saya agak kaget melihat adengan pada hari Isnin 23 Sept lepas!

Dalam tempoh tak sampai 6 jam Istana Selangor mengumumkan nama ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR termasuk Azizah membuat u-turn menerima pencalonan tersebut!

Tak sampai pun suku hari, kita melihat adengan yang boleh menyebabkan ada orang  boleh jadi tiga-suku!

Azmin menerima pencalonan sebagai MB dalam keadaan Saifudin Nasution, SUA PKR menegaskan bahawa PKR masih mencalonkan Azizah sebagai MB. Malahan dua Naib Presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa menegaskan bahawa mereka tetap mempertahankan pendirian menamakan Azizah sebagai calon!

Jangan lupa Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat atas alasan tidak akur kepada keputusan parti menamakan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB.

Jadi apa yang menyebabkan pencalonan Azmin Ali, yang telah tandatangan Akuan Sumpah terima Azizah sebagai MB, tiba-tiba diterima oleh PKR sebagai calon MB sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dalam keadaan yang sama senarionya; kedua-duanya tidak akur kepada kepada arahan parti menamakan Azizah sebagai calon?

Sebab itu kupasan saudara Datuk Zaini Hassan sangat menarik dan relevan - tambahan lagi jika kita mahu meneroka lebih lanjut kepada senario yang bakal terjadi di negeri Selangor dan Malaysia terutama dalam menghadapi kes rayuan Anwar meliwat Saiful di Mahkamah Persekutuan pada 28 Okt ini; dan dalam menghadapi PRU-14!

Jika analisa Datuk Zaini ini tepat, adakah kita semua, sudah terpedaya dan tertipu dengan sandiwara politik 2A ini?

Kalau kita tersilap congak, jangan terkejut Anwar sendiri dimahkotakan di Putrajaya selepas PRU-14. Kalau Langkah 2A boleh berjaya, takat Langkah 1A dah jadi kacang putih

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana