Lagi Mufti Selar Kempen Sentuh Anjing

GEORGETOWN 21 Okt - Program 'I Want To Touch A Dog' tidak wajar diadakan kerana budaya itu akan memberi kesan kepada kehidupan manusia, khususnya umat Islam.

Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Islam melarang umatnya mengamalkan gaya hidup mewah dan suka menunjuk-nunjuk.

“Memelihara anjing sebagai haiwan dijinakkan melambangkan gaya hidup mewah. Sebab itu, memelihara anjing, kecuali untuk memburu, menjaga rumah, mengawal ternakan dan sebagainya, adalah dilarang.

“Makanan diberikan kepada anjing dalam program itu lebih mahal dan berkhasiat daripada makanan manusia miskin di negara Asia dan Afrika,” katanya, semalam.

Beliau berkata, anjing membawa penyakit rabies atau hydrophobia menyebabkan gila dan membawa mati.

“Islam mengajar umatnya mengasihi haiwan, tetapi tak wajar layan secara berlebih-lebihan. Saya dapati ada golongan tertentu cuba mencabar persepsi mengenai anjing dan mengajak masyarakat Islam tidak lagi alergi dengan anjing,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana